Showing posts with label Mukadimah. Show all posts
Showing posts with label Mukadimah. Show all posts

Wednesday 16 October 2013

Judgement Through Reasons | Decision Through Conflicts

(Pengabdian Insan.
Pengabadian Ihsan)




 
MUKADIMAH
(Mesyuarat Pengurusan)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Slogan 2001
(Kecemerlangan Melalui Persaingan)


Setiap kejadian atau natural phenomena tidak berlaku dengan sendiri, bukan blind forces of nature, tetapi tersurat (explicit) dan tersirat (implicit), yang mempunyai elemen intelektuilisme dan spiritualisme yang berlandaskan kebenaran. Malalui sabda alam (rhythm of nature), wujud interaksi intelektual dan spiritual yang memperingatkan pengabdian insan (ketaatan) dan  pengabadian ihsan (kesyukuran).

Dan Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan
supaya mereka menyembah-Ku.
(Adz Dzariat: 56)

 Kadang-kadang tanpa kesedaran hidup ini merupakan perulangan sindrom ABC (Amalan Berulang Cara) dan KDK (Ketuaan Dalam Ketulaan*) yang menimbulkan masalah dan tekanan dalam pengurusan, conflict of interest dan burden of emotion apabila berlaku perubahan. Masalah ini menyebabkan stress dan burnout. Akhirnya 80% daripada pengurusan staf hanya menyelesaikan masalah yang berulang. 

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia
berada dalam susah payah.
(Al Balad: 4)

 Namun masalah tahun 2000 perlu diselesaikan, selaras dengan fasa 1 Matang Bestari, ‘Penyelesaian Melalui Perubahan’. Justeru focus pengurusan lebih kepada solving problem dan making decision, kerana today’s problem is tomorrow’s decision. Untuk mendapatkan keputusan yang terbaik daripada penyelesaikan yang terbaik mestilah melalui mesyuwarah, iaitu making judgement through reasons dan making decision through conflicts.

Sedangkan urusan mereka (diputuskan) dengan
musyawarah antara mereka.
(Asy Syura: 38)

Jika kamu bertentangan pendapat, maka kembalilah
Kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (Sunah).
(An Nisa’: 59)



ARAM 32
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu

* Ketulaan: yang itu juga.





Sunday 6 October 2013

Do Right Things | Do Things Right

(Sekolah Bestari.
Pelajar Berkualiti)


MUKADIMAH
(Mesyuarat PIBG)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Slogan 2000
(Prestasi Melalui Disiplin)


Dan bermusyawarahlah kamu dengan mereka 
dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah 
berazam maka bertawakallah Kepada Allah.
(Ali 'Imran: 159)

Pendidikan adalah human capital investmen jangka panjang. Sebagai wadah pembangunan modal insan, menjadi prioriti untuk menerapkan  nilai, disiplin, sahsiah, akhlak, dan jati diri ke dalam diri pelajar. Justeru PIBG berperanan sebagai  rakan kongsi dalam strategic alliance berkonsepkan smart partnership, saling membantu dan saling komited dalam teamwork untuk menyelesaikan masalah disiplin, kerenah birokrasi dan isu pendidikan.

Bersiap sedialah kamu dan majulah berkumpulan 
atau majulah bersama-sama (teamwork).
(An NIsa’: 71)

Sudah termaktub dalam Akta pendidikan 1961 bahawa PIBG sebagai entiti utama dalam institusi pendidikan. Maka pengitirafan ini diharapkan dapat meningkatkan perkongsian pintar dan collective commitments untuk membawa perubahan kepada SMK Matang untuk merealisasikan konsep ‘Sekolah Bestari Pelajar Berkualiti’. Seterusnya membantu menggerak misi untuk mencapai visi  Matang Bestari. Sesungguhnya pemilihan sekolah bestari bukan menambah workload tetapi menjadi amanah profesion untuk merubah rupa dan jiwa melalui fasa perubahan terancang, iaitu managing and implementing change.
3 FASA PERUBAHAN
Menyelesaikan masalah melalui perubahan
 Meningkatkan prestasi melalui disiplin 
Membina kerjaya melalui kaunseling

Justeru melalui muafakat pendidikan dan smart partnership, kita harapkan dapat menyelesaikan masalah ‘educational deficits’ dan membuat keputusan, do right things and do things right, untuk meningkatkan kecemerlangan akademik, dan seterusnya mendapatkan social benefits dan educational dividens.

Berjihadlah kepada jalan-Nya, supaya kamu 
mendapat keberuntungan.
 (Al Maidah: 35)



ARAM 29
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu

Saturday 5 October 2013

Problem solving | Decision Making

(Lahir Ditakdirkan.
Mahir Ditadbirkan)





MUKADIMAH
(Mesyuarat Pengawas)


Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Slogan 2000
(Prestasi Melalui Disiplin)

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada
malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan 
seorang khalifah di bumi ini.’
(Al Baqarah: 30)

Inilah mandate khalifah (mandate for leadership). Diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk memimpin. Pemimpin bukan dilantik secara ad hoc atau fill in the blank tetapi dirancang, melalui personality test, penilaian kepimpinan dan profile review. Melalui satu proses leadership development iaitu dipelajari, dialami, dinilai dan dibuktikan, kerana pemimpin bukan ditakdirkan tetapi ditadbirkan  (Aram).

Pemimpin itu mendapat  keyakinan untuk 
memberi  jaminan
(Aram)

Justeru perlantik pengawas perlu melalui proses personnel selection berdasarkan saringan pengetahuan, kepandaian, kebolehan, interpersonal skills dan integriti dalam problem solving dan decision making. Menilai kecekapan interpersonal iaitu kesedaran diri (emosi, keyakinan, imej diri), pengawalan diri (sabar, tafakur, muhasabah) dan motivasi diri (komitmen, initiatif, kecekalan). Melalui ujian personaliti dari segi berkomunikasi, roles responsibility, spirit de corps (kekitaan), strong character (beriman) dan ketahanan diri. Tidak mudah berputus asa, marah dan kecewa.

Janganlah kamu bersikap lemah dan sedih hati, 
pada hal kamu orang-orang yang paling tinggi 
darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
(Ali ‘Imran: 139)

Kepimpinan juga adalah proses pendidikan, sebagai agenda perubahan terancang (melalui kokurikulum) untuk memupuk ciri-ciri kepimpinan  dan seterusnya membudayakan ‘Kepimpinan Terpimpin dan Pemipin  Memimpin’. Proses pengisian ini hendaklah bertunjangkan Budaya Matang dan berpucukkan Intellektualisme Bestari, berlandaskan keadilan pemimpin adalah rahmat terpimpin.
Berupa biar berisi, berisi biar berwatak, dan 
berwatak biar berfungsi.
(Aram)

Berlaku adillah kerana keadilan itu dekat 
kepada takwa.
(Al Maidah: 8)


 
ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu









Sunday 15 September 2013

A Paradox Of Reality | A Paradox Of Mind

(Andaian Jangkaan.
Andaian Tanggapan)

 


 
MUKADIMAH
(Pembangunan Staf)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Slogan 1999
(Pengurusan Melalui Objektif)

Kita mudah terpedaya dengan paradox of reality (andaian jangkaan) dan mudah terperangkap dalam paradox of mind (andaian tanggapan) menyebabkan kita sukar melihat beyond reality dan sukar berfikir di luar frame of reference. Lebih-lebih lagi apabila berada dalam zon selesa (comfort zone), tanpa disedari kita membina mental boundries. Sempadan yang mengukuhkan lagi a sense of security  untuk tidak berubah, sedangkan perubahan adalah kunci kepada pembangunan diri.

Paradox Of Reality
Melihat masalah sebagai halangan
Menganggap cabaran sebagai ancaman
Menjadikan perubahan sebagai rombakan

Paradox Of Mind
Yang difikirkan tidak sama dengan rancangan
Yang dirancangkan tidak sama dengan perlaksanaan
Yang dilaksanakan tidak sama dengan misi
Yang dimisikan tak sama dengan visi

Melawan perubahan bermakna melawan takdir, kerana perubahan adalah fitrah kehidupan. Justeru paradigm shift mesti berlaku untuk meneroka masa hadapan. Kegagalan kita mengurus perubahan akan menyebabkan berlakunya crisis of confidence, iaitu rasa takut kerana mengangggap perubahan sebagai ancaman. Akhirnya kita akan terus terperangkap dalam sindrom ABC (Amalan Berulang Cara) atau penyakit KDK (Ketuaan Dalam ‘Ketulaan’).

Orang yang berubah dapat membina dirinya untuk memenuhi keperluan semasa dan tuntutan masa hadapan. The success of life lies in the constant readjustment to changes and challenges (Aram). Walaupun perubahan itu sulit dan pahit tetapi kadang-kadang menjadi a turning point untuk perubahan yang signifikan. Akhirnya kita terpaksa berubah kerana arus pendidikan membawa gelombang perubahan yang pantas dan berterusan.

Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga
 mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Ar Rad: 11)


ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu

Ketulaan (Trg): ‘Yang itu juga’

Tuesday 10 September 2013

Strategic Planning | Operational Planning

(Menilai Potensi.
Menganalisis Prestasi)


  


MUKADIMAH
(Mesyuarat Projek SMA)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Slogan 1999
(Pengurusan Melalui Objektif)

Yang membezakan kejayaan dan false success ialah operational gap antara ideal dan realiti iaitu memilih jangkaan ideal dan membuat situationally specific priorities. Kadang-kadang hanya 20% hasil untuk 80% usaha, atau sebaliknya? (prinsip Pareto). Kurang ambil kira milestone iaitu jarak masa dan arah matlamat menyebabkan lebih critical daripada ideal. Justeru kita perlu memberi fokus kepada critical path dan membuat  evaluation and review untuk membaiki (corrective action) serta menambah nilai kepada projek.

Dan bahawasanya seseorang itu tiada memeperolehi
selain apa yang diusahakannya.
(An Najm: 39)

Berdasarkan analisis prestasi 1998 dan dapatan  KPIs (Key Performance Indicators), kita mampu mencipta kejayaan melalui strategic planning dan operational planning berasaskan critical success factor iaitu memberi fokus prioriti dan pemantauan berterusan. Mengambil kira success criteria iaitu masa, personnel dan kualiti untuk menilai prestasi projek dan mempastikan quality on the line

Dan bahawasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan.
(An Najm: 40)

Dalam mengurus projek kita perlu membuat feasibility study iaitu menilai potensi dan menganalisis prestasi sesuatu projek berasaskan kajian menyeluruh untuk meningkat keberangkalian kepada lebih 90%. Melihat kekuatan, peluang dan jaminan dalam mencapai matlamat projek dengan mengembelingkan masa dan tenaga. Justeru Usaha adalah manifestasi strategic cooperation dan strategic objective ( realistic and achievable). Jadi kita perlu berazam dan ‘toe the line’ mematuhi peraturan dan standard untuk setiap milestone.

Bermuafakatlah dengan mereka dalam urusan
 itu. Kemudian apabila kamu telah berazam maka 
Bertawakallah kepada Allah.
(Ali ‘Imran: 159)


 
ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu










Thursday 5 September 2013

Learn To Unlearn | Unlearn To Relearn

(Menjiwai Semangat.
Menghayati Matlamat)


 


 
MUKADIMAH
Februari 1999
(Mesyuarat Projek SMR)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Slogan 1999
(Pengurusan Melalui Objektif)

Sebagai pengurus projek, guru perlu berfikir strategik dan bertindak objektif, iaitu learn to unlearn and unlearn to relearn, kerana yang lama memerlukan tafsiran baru dan yang baru memerlukan taksiran terkini. Justeru, yesterday’s problem is tomorrow wisdom and today’s option is tomorrow’s decision (Aram). Kerana pembelajaran bukan lagi the banking concept of education, maka pelajar perlu menguasai ilmu untuk meneroka the ‘RIGHT’ path (Aram) : (Religion, Intellect, Goodwill, High-Esteem,Tact).

Hanya orang yang diberi ilmu berpendapat bahawa
wahyu dapat menunjukkan jalan yang benar.
(Saba’: 6)

Walaupun Falsafah Pendidikan Negara mendasari matlamat, pengisian program bukan sekadar fill in the blank tetapi menjiwai semangat dan mengahayati matlamat FPN untuk melahirkan pewaris dan pemimpin yang berakar nasional (sahsiah) dan berakal nasional (intelek). Sesungguhnya masa depan negara dan bangsa terletak di tangan anak-anak (the learners) yang berada di bangku-bangku sekolah hari ini.

Justeru pengurusan masa dan persediaan personnel penting untuk menjadikan projek lebih berkesan (effective) dan pengedalinya lebih cekap (efficient)A good  start is half of the success dan a productive personnel is a key to success. Mengikut Pareto Analysis 20% masa boleh mencapai 80% hasil, iaitu dengan cara mengenalpasti, menyemak semula dan mengemaskini projek serta melihat dari segi SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats) untuk menilai dan to add value pada projek dan key personnel. Menjadikannya sebagai projek edu-jihad, untuk melahirkan today’s learner for tomorrow’s leaders (Aram).

Bersiap sedialah kamu dan majulah berkelompok-
kelompok atau majulah bersama-sama.
(An Nisa’: 71)

Dan berjihadlah kepada jalannya, supaya kamu
dapat keuntungan.
(Al Maidah: 35)



ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu

Tuesday 3 September 2013

Today's Learner | Tomorrow's Leader

(Berakar National.
Berakal Rasional)


  

 
MUKADIMAH
Februari 1999
(Mesyuarat Guru Tingkatan)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Slogan 1999
(Pengurusan Melalui Objektif)

Sebagai pengamal profesion keguruan dan pengurus kurikulum Bestari, kita perlu mantapkan SOLAT ( Style Of Learning And Thinking), iaitu learnt to think and think to learn, untuk membawa perubahan Bestari. Perubahan adalah sebahagian daripada  law of nature, yang tak boleh dihalang tetapi boleh dimanfaatkan melalui change management, iaitu strategic planning yang lebih berfokas kepada perubahan strategik secara dalaman.

 Allah tidak merubah sesuatu
 kaum kecuali mereka merubah keadaan 
yang ada pada diri mereka sendiri.
(Ar Ra’d: 11)

Justeru pengisian Bestari memerlukan perubahan yang terancang dan perkembangan yang seimbang yang future-oriented. Change and development ini adalah sebagai transformasi pendidikan yang mengikut roadmap (panduan dan arahan) to the future, untuk melahirkan pewaris yang berakar rasional (bersahsiah) dan pemimpin yang berakal rasional (berintelek), yang memiliki sahsiah berakidah, intelektual bersyahadah, dan keterampilan lahiriah. Kerana sesungguhnya mereka adalah ‘today’s learner for tomorrow’s leader’ (Aram). 

Sesungguhnya Aku hendak menjadikan 
seorang Khalifah di muka bumi.
(Al Baqarah: 30)

Inilah suratan pendidikan yang menjadi mandat khalifah sebagai amanah profession untuk kesinambungan anbiya. Hanya pendidikan Bestari satu-satunya wadah dan kaedah untuk memenuhi dan mengisi edu-jihad bagi memertabatkan anak wawasan dan warisan kepimpinan akan datang.

 Sesungguhnya Allah menyuruh kamu 
menyampaian amanah kepada yang 
berhak menerimanya
(An Nisa’: 58)


Dan Dialah yang menjadikan kamu 
penguasa-penguasa di bumi ini dan 
Dia meninggikan sebahagian kamu atas
sebahagian lain beberapa darjat.
(Al An’am: 165)



ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu


Thursday 29 August 2013

Do Right Things | Do Things Right

(Hati Tak Rasa.
Mata Tak Peka)





 
MUKADIMAH
Februari 1999
(Mesyuarat Kokurikulum)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu
mendapat keberuntungan.
(Al Maidah: 35)

Sebagai deed of creed, usaha kita adalah ibadah dan komitmen kita adalah jihad. Hakikatnya perjuangan pendidikan belum lagi selesai, yang tersembunyi belum diketahui dan yang terperap belum disingkap. Justeru tuntutan profesion memerlukan ethical accounttability dan personal responsibility untuk menghadapi cabaran dan mencari hidden truth untuk penyelesaian pendidikan, yang berkonsepkan ‘do right things and do things right’.

Tiap-tiap manusia itu terikat dengan apa yang 
dikerjakannya.
(At Thur: 21)

Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan 
dari dosa yang dikerjakannya.
(An Nur: 11)

Inilah hidden reality yang memerlukan practical wisdom, iaitu ‘to do the right thing, at the right time and for the right reason’. Yang penting bukan pelajar hari ini tetapi pelajar 10 tahun akan datang, untuk menjadikan ‘today’s learner for tomorrow’s leader’ (Aram). Justeru komitmen kita adalah edu-jihad, iaitu usaha sepanjang masa dan jihad sepanjang hayat. Dalam mencari pengertian edu-jihad saya terpaksa learn to unlearn, mengimbas dan mengupas hingga kemudiannya saya tersentuh dengan the moment of truth yang tersirat dalam surah Al ‘Araf ayat 179, yang bermaksud:

Mereka ada hati tetapi tidak merasa, dan
mereka ada mata tetapi tidak melihat, dan
mereka ada telinga tetapi tidak mendengar.

Mereka sebenarnya adalah the missing generation iaitu byproduct of education yang kehilangan minda dan jiwa, iaitu homeless mind yang hanyut dalam kecelaruan dan homeless soul yang hilang dalam pencarian. Akhirnya mereka menjadi persona non gratta, yang tidak diperlukan dalam masyarakat, malah terbuang dan menghilang.

Yang mimpinya tanpa tujuan
Yang impiannya tanpa perjalanaan
Yang harapannya tanpa perhentian
(Aram)



ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu



Wednesday 28 August 2013

Irritional Arrogance | Irritional Ignorance

(Belajar Tak Dapat.
Ilmu Tak Berkat)


 



MUKADIMAH
Februari 1999
(Perhimpunan Pertama)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Datang lambat
 Balik cepat 
 Belajar tak dapat 
Ilmu tak berkat

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian.
(Al ‘Ashr: 1 & 2)


Orientasi masa mengikut budaya mewujudkan a pradox of time, menerima tetapi tidak menghargainya, keangkuhan sesia, (irrational arrogance). Bahkan para pelajar membiarkan masa berlalu, tanpa sedar mereka terperangkap dalam time gap dan time lap, berlengah-lengah dan terburu-buru. Kerana kurang disiplin kendiri dan self commitment maka berlakunya irrational ignorance, pengabaian masa tanpa rasa bersalah. Justeru ubah mind-set mereka supaya lebih berfokus kepada masa, berkonsepkan time is life and time is money.

An inch of time is an inch of gold but you can't buy
that inch of time with an inch of gold.
(Chinese proverb)

Mereka hanya ada quantity time tetapi tidak ada quality time, yang produktif dan menguntungkan. Pengabaian masa sebenarnya adalah satu pelanggaran tanggungjawab, irresponsible conduct. Sebagai pelajar mereka mesti memenuhi tuntutan masa dari segi ketepatan dan keberkesanan, (value for time) menepati masa dan mematuhi jadual belajar. Kalau mereka bermula dengan kelewatan maka segalanya akan bertangguh dan bertunda.

Balik cepat
Kerja tak buat
Ilmu tak berkat
Hidup melarat

Kerja tak buat
Ulang kaji betat
Hidup melarat
Hina sepanjang hayat
(Aram)

Dan tidaklah seseorang itu membaut dosa melainkan
Kemudaratan kembali kepadanya.
(Al Baqarah: 195)


ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu

Sunday 25 August 2013

Garbage In | Garbage Out

(Sekali Salah.
Berkali-Kali Bersalah)


 

 
MUKADIMAH
Februari 1999
(Mesyuarat Disiplin)


Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Pelanggaran disiplin sudah menjadi social issue dan social phenomena, yang menjadikan tindakan disiplin sebagai routine procedures. Kadang-kadang menjadi a mockery of justice. Pelajar seolah-olah tidak takutkan guru dan tidak hormatkan disiplin. Apakah pelajar sudah hilang self-respect atau hilang kualiti diri?. Apakah ini fenomena social deterioration atau GIGO (Garbage In, Garbage Out)? Inilah persoalan, dan inilah situational stereotype yang menyebabkan guru terperangkap dalam logical fallacy (tanggapan salah), mengandaikan ‘falsus in uno, falsus in omnibus’. (sekali buat salah, selamanya bersalah). Akhirnya sikap ‘take for granted’ menyebabkan salah dalam membuat tindakan.


Sesungguhnya bersalahnya pemimpin dalam memaafkan
adalah lebih baik daripada bersalah dalam menghukum.
(Sabda Rasullullah SAW)

Kadang-kadang kita prejudis dan bias terhadap pelajar. Kita melabelkan pelajar untuk strategi social isolation atau discrimination of character, tetapi kumpulan terpencil yang terikat dengan gang mentality ini, kadang-kadang mampu mempengaruhi dan menghasut pelajar-pelajar lain. Justeru kita perlukan pendekatan alternatif iaitu 5 TAS/Aram (Teknik Alteranatif Senario), sebagai making a virtue of necessity (perubahan sebagai penyelesaian), yang lebih memberi ruang dan peluang untuk pelajar memahami self-existence untuk memenuhi self-actualization yang berlandaskan disiplin sebagai a way of life.

5 TAS
PENTAS
Membina ekologi bestari
PINTAS
Mencegah sebelum parah
PANTAS
Bertindak sebelum terlambat
CANTAS
Mengerat sebelum menular
RENTAS
Melangkaui sempadan dan masa

Al Quran itu memberi petunjuk ke jalan yang benar
(AlIsra’: 9)

Maka tiap-tiap diri itu mengetahui apa yang dikerjakan
dan apa yang dilalaikan.

 
ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu

Wednesday 21 August 2013

Go Against Reality | Do Without Reality

(Tinggi Didaki.
Luas Direntas)


  

 
MUKADIMAH
Februari 1999
(Mesyuarat Kurikulum)
 

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

 
5 idea untuk 5 pernyataan
5 cara untuk 5 fikiran
5 agenda untuk 5 tindakan

 
 Saya cuba highlightkan 5 perkara melalui perkongsian pengalaman dan percambahan fikiran untuk melihat situational crisis dan knowledge gap dalam strategic planning, mission statement dan vision statement iaitu masalah/halangan, percanggahan/perselisihan dan kekeliruan/kebuntuan dari segi ‘reality dalam ideality’. Kadang-kadang kita terpaksa:


see beyond reality
go against reality
do without reality

 
Mudah-mudahan Tuhanku akan memberi petunjuk
yang lebih dekat kepada kebenaran (realiti).
(Al Kahfi: 24)


 erana yang kita hadapi kadang-kadang a paradox of reality, bertentangan dengan matlamat yang tersurat (collective) dan hasrat yang tersirat (individual). Selepas 11 tahun melalui proses pendidikan masih wujud the missing generation dalam masyarakat. Justeru kita perlu melihat pendidikan sebagai usaha untuk meneyelesaikan masalah hari ini untuk membuat keputusan masa akan datang, yesterday’s problem is tomorrow’s decision.


 For the right person at the right time and at the 
right place, to solve problem and to make decision.


Maka sebagai pengurus kurikulum kita adalah the paragon of virtue, memiliki practical wisdom, intellectual honesty dan professional commitmen, untuk menggerakkan pendidikan secara glokal dan global. Usaha itu perlu menjangkaui masa dan melangkaui tempat.


Kalau tinggi didaki
Kalau rendah dilangkah
Kalau luas direntas
Kalau sempit diselit 

Dan bahawasanya seseorang manusia itu tiada
memperolehi selain apa yang telah diusahakannya.
(Al Najm: 39)


ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu