Showing posts with label Issue. Show all posts
Showing posts with label Issue. Show all posts

Monday 29 April 2013

Soul In Greed | Foul In Deed






(Deny The Reality and Defy The Destiny)









 
Friday 19 April 2013, 2.15 pm

(tabah apabila susah dan sabar apabila sukar)


Khutbah Jumaat: Hikmah di sebalik Ujian. Sentiasa tabah apabila susah dan sentiasa sabar apabila sukar. Ada hidayah di sebalik yang susah dan ada iktibar di sebalik yang sukar. Namun, dalam keadaan surau yang semakin dililit pohon renek liar dan dalam keadaan masjid yang semakin kurang makmumnya.  Jiwa kita seakan-akan kosong tanpa pengisian. Kadang-kadang semakin mendesak tanpa tujuan, just soul in greed. Semakin terdesak semakin melakukan perkara yang sia-sia (foul in deed). Apakah ini ujian Allah? Apakah kita akan diberi hadayah? Yet we cannot deny the reality and we cannot defy the destiny.



Lalu teringat ungkapan: ‘sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan’. Apakah kita hanya memahami yang tersurat tetapi tidak merasai ‘final touch’ yang tersirat. Semacam ada kekalutan dan kecemasan. Ada Ketakutan dan kelemasan. Oh Tuhan, semakin terasa.  Cuaca berubah-ubah, angin semakin panas, laut semakin bergelombang dan hujan semakin menjadi-jadi.  Apakah petanda sudah memberi isayarat? Isyarat yang sudah tersurat! Maka sesungguhnya apabila pandangan semakin kabur dan iman semakin luntur. Dunia tiba-tiba hancur, dan lebur. For sure, there is no turning back, maka beruntunglah orang-orang yang tidak meninggalkan sembahyangnya.




Sunday 28 April 2013

Generation Gap | Generation Lap




(Soul In Need & Soul In Greed) 


 






Thursday 18 April 2013, 10.25 pm

(perplexed by exposure and relaxed by pleasure)


Balik dari kelas tuisyen: Terasa sangat generation-gap. Sukar memahami mereka, especially hidden character. Walaupun T6, pemikiran mereka lebih dewasa tetapi sikap mereka masih kebudak-budakan. Kadang-kadang  mereka ‘lebih tahu’. Terasa pula generation lap, macam ketinggalan technological knowledge. Kadang-kadang semacam ada split-personality. Mungkin double-image sydrom kerana terlalu banyak exposure dan terlalu banyak pleasure. Barangkali, too much exposure make them perplexed and too much pleasure make them relaxed. Hakikatnya, mereka makin hilang fokas dan kita pula terperangkap dengan apa yang kita cuba  lihat melalui zaman kecil kita.



Mereka suka berseronok dan berkhayal. Makin mereka berseronok makin moyok dan makin mereka berkhayal makin janggal. Kadang-kadang mereka  soul in need, jiwa yang kosong memerlukan pengisian dan kadang-kadang mereka soul in greed, jiwa mendesak untuk mencari pengisian. Sebaliknya  kita reinforce sesuatu yang tak sesuai untuk zaman mereka. Kita cuba mengisi jiwa mereka dengan ajaran dan pengalaman silam kita. Lalu kita hilang punca. Cuba berpaut  tetapi hanyut dan cuba menyelam tetapi tenggelam.  Akhirnya kita hanya menyelesaikan 1/4 daripada ice-berg problem.


Saturday 27 April 2013

Let Silence Talk | Let Patience Walk





(Start From The Past & Depart From The Last)


 


 
Thursday 18 April 2013, 3.15 pm
(Engkau mentadbirkan dan Engkau mentakdirkan)

Dari Wad 7cd: Menziarahi kawan lama yang mengalami lymphoma (cancer in the lymphatic system). Alangkah sayunya. Sepi rasa hati. Hanya kesabaran dapat menahan segala kesakitan. Let silence make us understand and let patience make us stand. Oh Tuhan, Engkaulah yang mentadbirkan dan Engkaulah yang mentakdirkan. Sekuat mana, kami tak dapat mengelak tadbir-Mu dan sehebat mana, kami tak dapat menolak takdir-Mu.

Segalanya bermula dengan doa dan berakhir dengan takdir. We start from the past and we depart from the last. Sesungguhnya, Engkaulah yang menentukan hidup kami dan mati kami. Biarkanlah kami bergantung di tali-Mu dan biarlah kami berlindung di arasi-Mu. Oh Tuhan!

Friday 26 April 2013

Political Attitude | Political Aptitude




(Attitude In Solitude)







Thursday 18 April 2014,9.15 am
(mendengar yang mungkar dan melihat yang mudarat)

Political awareness bagaikan gelombang yang terus-menerus memecah mental block dan mengubah political attitude. Lalu kesedaran ini menjadi political resurgence yang meningkatkan political aptitude untuk diterjemahkan ke dalam undian. Kebangkitan ini mencetus public interest, yang menjadi topik hangat di coffee-coffee corner dan di kedai-kedai kopi.

Justeru, no longger attitude in solitude and no more political idiocy yang terancang. Mereka sudah sedar hak mereka sebagai legal citizen (bukan projek IC). Mereka sudah dengar yang mungkar, sudah melihat yang mudarat dan sudah merasa yang siksa. So they have the right to fight. To fight for the right! Selamat mengundi.

Thursday 25 April 2013

Political Pride | Political Suicide

(The Wrong Person At The Right Place)





 
Wednesday 17 April 2013, 2.40 pm
(salahkan yang betul atau betulkan yang salah)

Anyway, silence is our message. Biar mata melihat tetapi jangan bertanya dan biar telinga mendengar tetapi jangan ternganga. Ingat, wisdom is our power and silence is our decision. Dalam menghadapi political puzzle, lebih baik tegak untuk mengagak dan lebih baik bijak untuk bertindak. Dan baik berhati-hati untuk mengenali the true leaders. Kerana, leader with pride akan bertindak dengan practical wisdom tetapi leaders without integrity bertindak dengan muslihat.

The true leader membetulkan yang salah tetapi the false leader menyalah yang betul. Betul atau salah dan layak atau ‘lawak’, bergantung kepada latar belakang dan track record.  Walau bagaimanapun putting the wrong person to the right place is a political suicide. Selamat mengundi.