Monday, 24 February 2020

W196D : Sekeras-Keras Hati Isteri Jadi Lembut Kerana Berlian | Sekeras-Keras Hati Suiami Jadi Lembut Kerana Belaian



AYRA AMEERA
(Our Little Wonder)

3 Tahun 4 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


ILHAM MINDA 196D/40
BERKALANG RASA BERKARANG KATA
(Short saying drawn from long experience)

41
Sekeras-keras hati isteri jadi
 lembut kerana berlian dan seganas-ganas hati
suami  jadi lembut kerana belaian.
28.5.2008
Pinjaman RM768j

42
Biar kaki tersadung tetapi
hati jangan tersinggung dan biar perut berla-
par tetapi mulut jangan celopar.
28.5.2008
‘Bantuan PKS’

43
Yang mudah disuap itu mudah
sekali ditangkap dan yang mudah diumpan
itu mudah sekali dimakan.
28.5.2008
Hidup Sederhana

44
Kadang-kadang mudah dikesan
tetapi susah hendak umpan dan mudah
 dimakan tetapi susah hendak ditelan.
28.5.2008
“Bantu Lestari Alam’

45
Kalau bersuka-suka itu jangan
sampai terleka dan kalau bersedih-sedih
itu jangan sampai menyisish.
28.5.2008
Ali ‘Imran, Ayat 134





ARAM2008
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu 



No comments:

Post a comment