Sunday 6 October 2013

Do Right Things | Do Things Right

(Sekolah Bestari.
Pelajar Berkualiti)


MUKADIMAH
(Mesyuarat PIBG)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Slogan 2000
(Prestasi Melalui Disiplin)


Dan bermusyawarahlah kamu dengan mereka 
dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah 
berazam maka bertawakallah Kepada Allah.
(Ali 'Imran: 159)

Pendidikan adalah human capital investmen jangka panjang. Sebagai wadah pembangunan modal insan, menjadi prioriti untuk menerapkan  nilai, disiplin, sahsiah, akhlak, dan jati diri ke dalam diri pelajar. Justeru PIBG berperanan sebagai  rakan kongsi dalam strategic alliance berkonsepkan smart partnership, saling membantu dan saling komited dalam teamwork untuk menyelesaikan masalah disiplin, kerenah birokrasi dan isu pendidikan.

Bersiap sedialah kamu dan majulah berkumpulan 
atau majulah bersama-sama (teamwork).
(An NIsa’: 71)

Sudah termaktub dalam Akta pendidikan 1961 bahawa PIBG sebagai entiti utama dalam institusi pendidikan. Maka pengitirafan ini diharapkan dapat meningkatkan perkongsian pintar dan collective commitments untuk membawa perubahan kepada SMK Matang untuk merealisasikan konsep ‘Sekolah Bestari Pelajar Berkualiti’. Seterusnya membantu menggerak misi untuk mencapai visi  Matang Bestari. Sesungguhnya pemilihan sekolah bestari bukan menambah workload tetapi menjadi amanah profesion untuk merubah rupa dan jiwa melalui fasa perubahan terancang, iaitu managing and implementing change.
3 FASA PERUBAHAN
Menyelesaikan masalah melalui perubahan
 Meningkatkan prestasi melalui disiplin 
Membina kerjaya melalui kaunseling

Justeru melalui muafakat pendidikan dan smart partnership, kita harapkan dapat menyelesaikan masalah ‘educational deficits’ dan membuat keputusan, do right things and do things right, untuk meningkatkan kecemerlangan akademik, dan seterusnya mendapatkan social benefits dan educational dividens.

Berjihadlah kepada jalan-Nya, supaya kamu 
mendapat keberuntungan.
 (Al Maidah: 35)



ARAM 29
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu

No comments:

Post a Comment