Thursday 5 September 2013

Learn To Unlearn | Unlearn To Relearn

(Menjiwai Semangat.
Menghayati Matlamat)


 


 
MUKADIMAH
Februari 1999
(Mesyuarat Projek SMR)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Slogan 1999
(Pengurusan Melalui Objektif)

Sebagai pengurus projek, guru perlu berfikir strategik dan bertindak objektif, iaitu learn to unlearn and unlearn to relearn, kerana yang lama memerlukan tafsiran baru dan yang baru memerlukan taksiran terkini. Justeru, yesterday’s problem is tomorrow wisdom and today’s option is tomorrow’s decision (Aram). Kerana pembelajaran bukan lagi the banking concept of education, maka pelajar perlu menguasai ilmu untuk meneroka the ‘RIGHT’ path (Aram) : (Religion, Intellect, Goodwill, High-Esteem,Tact).

Hanya orang yang diberi ilmu berpendapat bahawa
wahyu dapat menunjukkan jalan yang benar.
(Saba’: 6)

Walaupun Falsafah Pendidikan Negara mendasari matlamat, pengisian program bukan sekadar fill in the blank tetapi menjiwai semangat dan mengahayati matlamat FPN untuk melahirkan pewaris dan pemimpin yang berakar nasional (sahsiah) dan berakal nasional (intelek). Sesungguhnya masa depan negara dan bangsa terletak di tangan anak-anak (the learners) yang berada di bangku-bangku sekolah hari ini.

Justeru pengurusan masa dan persediaan personnel penting untuk menjadikan projek lebih berkesan (effective) dan pengedalinya lebih cekap (efficient)A good  start is half of the success dan a productive personnel is a key to success. Mengikut Pareto Analysis 20% masa boleh mencapai 80% hasil, iaitu dengan cara mengenalpasti, menyemak semula dan mengemaskini projek serta melihat dari segi SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats) untuk menilai dan to add value pada projek dan key personnel. Menjadikannya sebagai projek edu-jihad, untuk melahirkan today’s learner for tomorrow’s leaders (Aram).

Bersiap sedialah kamu dan majulah berkelompok-
kelompok atau majulah bersama-sama.
(An Nisa’: 71)

Dan berjihadlah kepada jalannya, supaya kamu
dapat keuntungan.
(Al Maidah: 35)



ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu

No comments:

Post a Comment