Wednesday 28 August 2013

Irritional Arrogance | Irritional Ignorance

(Belajar Tak Dapat.
Ilmu Tak Berkat)


 



MUKADIMAH
Februari 1999
(Perhimpunan Pertama)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Datang lambat
 Balik cepat 
 Belajar tak dapat 
Ilmu tak berkat

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian.
(Al ‘Ashr: 1 & 2)


Orientasi masa mengikut budaya mewujudkan a pradox of time, menerima tetapi tidak menghargainya, keangkuhan sesia, (irrational arrogance). Bahkan para pelajar membiarkan masa berlalu, tanpa sedar mereka terperangkap dalam time gap dan time lap, berlengah-lengah dan terburu-buru. Kerana kurang disiplin kendiri dan self commitment maka berlakunya irrational ignorance, pengabaian masa tanpa rasa bersalah. Justeru ubah mind-set mereka supaya lebih berfokus kepada masa, berkonsepkan time is life and time is money.

An inch of time is an inch of gold but you can't buy
that inch of time with an inch of gold.
(Chinese proverb)

Mereka hanya ada quantity time tetapi tidak ada quality time, yang produktif dan menguntungkan. Pengabaian masa sebenarnya adalah satu pelanggaran tanggungjawab, irresponsible conduct. Sebagai pelajar mereka mesti memenuhi tuntutan masa dari segi ketepatan dan keberkesanan, (value for time) menepati masa dan mematuhi jadual belajar. Kalau mereka bermula dengan kelewatan maka segalanya akan bertangguh dan bertunda.

Balik cepat
Kerja tak buat
Ilmu tak berkat
Hidup melarat

Kerja tak buat
Ulang kaji betat
Hidup melarat
Hina sepanjang hayat
(Aram)

Dan tidaklah seseorang itu membaut dosa melainkan
Kemudaratan kembali kepadanya.
(Al Baqarah: 195)


ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu

No comments:

Post a Comment