(Andaian Jangkaan.
Andaian Tanggapan)
MUKADIMAH
(Pembangunan
Staf)
Bismillahir
rahmanir rahim
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh
Slogan
1999
(Pengurusan
Melalui Objektif)
Kita mudah
terpedaya dengan paradox
of reality (andaian jangkaan) dan mudah terperangkap dalam paradox of mind
(andaian
tanggapan) menyebabkan kita sukar melihat beyond reality dan sukar berfikir
di luar frame of
reference. Lebih-lebih lagi apabila berada dalam zon selesa (comfort zone),
tanpa disedari kita membina mental boundries. Sempadan yang mengukuhkan lagi a sense of security untuk tidak berubah, sedangkan perubahan
adalah kunci kepada pembangunan diri.
Paradox Of Reality
Melihat masalah
sebagai halangan
Menganggap cabaran
sebagai ancaman
Menjadikan perubahan
sebagai rombakan
Paradox Of Mind
Yang difikirkan tidak
sama dengan rancangan
Yang dirancangkan tidak
sama dengan perlaksanaan
Yang dilaksanakan
tidak sama dengan misi
Yang dimisikan tak
sama dengan visi
Melawan perubahan
bermakna melawan takdir, kerana perubahan adalah fitrah kehidupan. Justeru paradigm shift
mesti berlaku untuk meneroka masa hadapan. Kegagalan kita mengurus perubahan akan
menyebabkan berlakunya crisis of confidence, iaitu rasa takut kerana mengangggap
perubahan sebagai ancaman. Akhirnya kita akan terus terperangkap dalam sindrom ABC (Amalan
Berulang Cara) atau penyakit KDK (Ketuaan Dalam ‘Ketulaan’).
Orang yang
berubah dapat membina dirinya untuk memenuhi keperluan semasa dan tuntutan masa
hadapan. The
success of life lies in the constant readjustment to changes and challenges
(Aram). Walaupun perubahan itu sulit dan pahit tetapi kadang-kadang menjadi a turning point
untuk perubahan yang signifikan. Akhirnya kita terpaksa berubah kerana arus
pendidikan membawa gelombang perubahan yang pantas dan berterusan.
Allah tidak merobah
keadaan sesuatu kaum sehingga
mereka merobah keadaan yang ada pada diri
mereka sendiri.
(Ar Rad: 11)
ARAM
(ABDUL
RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah
Menegah Kebangsaan Matang
21700
Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu
Ketulaan (Trg): ‘Yang itu juga’
No comments:
Post a Comment