Showing posts with label Wisdom. Show all posts
Showing posts with label Wisdom. Show all posts

Tuesday 6 December 2016

183A : Jangan Berubat Apabila Sudah Terlewat | Jangan Bertaubat Apabila Sudah Terlambat













Mata percaya
tetapi jiwa berdusta

 


 

Kalau Menyeru 
biar mereka tahu
dan kalau mengecam
biar mereka faham


1.  
Sekali melangkah jangan sesekali berundur dan sekali menongkah jangan sesekali tersungkur.

2.
Sesungguhnya setiap langkah itu adalah bermula dan setiap tingkah itu adalah berpunca.


3.
Semasa senang mereka makan kenyang tetapi semasa sukar mereka menahan lapar.

4.
Apabila dahaga mereka terpaksa berusaha dan apabila lapar mereka terpaksa berikhtiar.

5.
Yang kaya berbangga yang mewah bermegah tetapi yang papa melepa yang fakir meminggir.


6.
Alang-alang menyeru biar mereka tahu dan alang-alang mengecam biar mereka faham.


7.
Kalau hendak menyuruh biarlah bersungguh dan kalau hendak mengarah biarlah bersudah.

8.
Baik galakkan mereka kepada kebaikan dan baik lagi elakkan mereka daripada kejelikan.


9.
Jangan berubat apabila sudah terlewat dan jangan bertaubat apabila sudah terlambat.


10.
Jangan sesekali menyesal kalau tertinggal dan jangan sesekali menangis kalau berhabis.




5 Dis - 9 Dis 2016
Masjid China Melaka


 

 Dari kaca mata
Ayla Arissa



ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai
Pulau Bahagia

Thursday 1 December 2016

182F : Dalam Mujur Kita Tersungkur | Dalam Buntung Kita Beruntung


Our little Wonder


Jika di mata mengaku
maka di jiwa terkelu




Yang Dikata 
biar bermakna
dan yang direka 
biar berguna

1.  
Apa yang kita buat sertai dengan niat dan apa yang kita muafakat sertai dengan semangat.

2.
Apa yang kita kata itu biar ada maknanya manakala apa yang kita reka itu biar ada gunanya.


3.
Setiap apa yang kita lihat itu adalah maklumat dan setiap apa yang kita tahu itu adalah ilmu.


4.
Kadang-kadang dalam mujur kita tersungkur tetapi dalam buntung kita beruntung.


5.
Selagi tidak jatuh selagi itu tidak patuh dan selagi tidak tersungkur selagi itu tidak akur.


6.
Kerja terganggu kalau menunggu waktu dan kerja ter- gendala kalau menunda masa.

7.
Kalau diabai kerja menjadi terbengkalai dan kalau di-
biar kerja menjadi tersasar.

8.
Yang dapat petunjuk jangan mengutuk dan yang dapat ilham jangan sekali mengecam.

9.
Tidak berasa kesal selagi kita berkhayal dan tidak merasa serik selagi kita asyik.


10.
Jika mustahak jangan sekali-kali mengelak dan jika pen-
ting jangan sekali-kali berpaling.





Kalau buat 
sertai dengan niat
dan kalau muafakat sertai 
dengan semangat




Dari kaca mata
Ayra Ameera



ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratai Seri Teratai
Pulau Bahagia

Tuesday 29 November 2016

182E : Sekali Dibelai Sudah Tergadai | Sekali Ditolong Sudah Terlelong


Our Little Wonder 
Di mata Terpesona
Di jiwa Terlena


setiap pelakuan itu ada penentuan
dan setiap kejadian itu ada kepastian

 

 
  1.  
Setiap kali ianya bermula dengan kuasa maka ianya akan berakhir dengan takdir.


2.
Orang yang kecundang  tidak lagi senang dan orang yang tewas tidak lagi bebas.


3.
Orang yang tidak tabah cepat naik marah dan orang yang tidak yakin cepat naik angin.


4.
Yang percaya kerjanya tidak akan sia-sia dan yang yakin kerjanya tidak akan main-main.


5.
Di sebalik setiap pelakuan itu ada penentuan dan di sebalik setiap kejadian itu ada kepastian.

 

6.
Yang pandai jangan pertikai, yang bijak jangan men- desak dan yang pintar  jangan mencabar.

 

7.
Yang dungu  termangu-mangu, yang bebal terkai-kial
dan yang babil terkebil-kebil.


8.
Yang susah jangan mengutuk-ngutuk manakala yang mewah jangan menunjuk-nunjuk.


9.
Sekali dibelai sudah tergadai, sekali ditolong sudah terlelong dan sekali dipuji sudah terbeli.


10.
Noktha itu mengakhiri apa yang ditulis manakala pangkah itu mengakhiri apa yang digaris.





 Yang percaya kerjanya tidak akan sia-sia
dan yang yakin kerjanya tidak akan main-main




Dari kaca mata
Ayra Ameera



ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratai Seri Teratai
Pulau Bahagia

Wednesday 12 October 2016

182D : Kalau Dapat Untung Biar Sama-Sama Junjung | Kalau Dapat Buntung Biar Sama-SamaTanggung






Baik sabar
ketika lapar
dan baik tabah
ketika marah
 


 

1.  
 
Sesungguhnya setiap perkataan itu ada ulasannya
dan setiap perbuatan itu ada balasannya.

2.
Jika tidak rela mereka saling mengata dan jika tidak
puas mereka saling mengias.


3.
Kerana masalah mereka saling berbantah dan kerana
musibah mereka saling berbalah.


4.
Kalau dapat untung biar sama-sama junjung dan kalau
dapat buntung biar sama-sama tanggung
.


5.
Kadangkala yang berseteru saling menipu manakala
yang bermusuh saling menuduh.


6.
Kadang-kadang bukan tak dapat tetapi tak sempat dan
bukan tak sempat tetapi tak minat.

7.
Apabila tidak suka maka tidak berselera dan apabila
tidak minat maka tidak bersemangat
.


8.
Jika tidak pandai maka kerja tidak selesai dan jika tidak
cekap maka kerja tidak siap


9.
Kalau gagal jangan sangkal-menyangkal dan kalau
kalah jangan salah-menyalah
.

10.
Yang penting bukannya dengar tetapi faham dan yang
penting bukannya ikhtiar tetapi azam.





Let silence
control our hunger
and let patience
control our anger.
Sometime hunger
makes us surrender
and anger 
 makes us suffer.


 


Dari kaca mata 
Ayra Ameera


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratai Seri Teratai
Pulau Bahagia

182C : Apabila Kemaruk Manusia Lupa Daratan | Apabila Mabuk Manusia Lupa Ingatan





Bimbang itu
bayang-bayang
dan beragan itu
angan-angan



 

1.   
Sekali-sekala orang yang bijak itu terlajak dan sekali-
sekala orang yang pan-dai itu terlalai.

2.
Kadangkala apabila kemaruk manusia lupa daratan
dan apabila mabuk manusia lupa ingatan.



3.
Orang yang degil itu bersangsi di mulut  manakala orang
yang jahil itu bersaksi ke lutut
.

4.
Kalau hati tidak tenang makan tidak kenyang dan kalau
hati tidak bebas makan tidak puas.


5.
Kalau hatinya sayu makannya tidak lalu dan kalau hatinya
sebak makannya tidak banyak.


6.
Kalau patah kaki jalannya terhincut-hincut dan kalau patah
hati makannya tersangkut-sangkut.


7.
Orang yang takut kalah itu lebih baik undur dan orang
yang takut salah itu lebih baik akur.


8.
Untung itu tidak akan datang berkarung-karung dan rugi
itu tidak akan da-tang berguni-guni.


9.
Sesungguhnya semakin cuba se-makin kita percaya dan
semakin buat se-makin kita dapat.


10.
Orang yang takut sial jangan cuba berjual dan orang yang
takut bala ja-ngan cuba berniaga.


 



Do not fear
the shadow
and do not bear
the sorrow
Let's brighten
our shadow
and let lighten
our sorrow



Dari kaca mata 
Ayra Ameera



ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratai Seri Teratai
Pulau Bahagia

Tuesday 19 July 2016

182B: Kalau Terluka Di Kaki Nampak Darahnya | Kalau Terluka Di Hati Nampak Marahnya



Kalau tidak 
bersedia 
buat kerja 
tergesa-gesa 
dan kalau 
tidak merancang 
buat kerja 
beralang-alang.
 
 
 
 
Kuntum bukan
sebarang kuntum.
Kuntum mawar
lebat berduri.
Senyum bukan
Sebarang senyum.
Senyum penawar
penambat hati.
 
 
1.   
Kadangkala yang tersembunyi tidak membawa rugi
tetapi yang terdedah tidak membawa feadah.

2.
Kadangkala berkali-kali buat baik orang tidak ingat
tetapi sekali buat jelik orang tidak hormat.

3.
Kadang-kadang orang yang salah itu kena tohmah
manakala orang yang kalah itu kena fitnah.

4.
Kalau tidak bersedia buat kerja tergesa-gesa dan
kalau tidak merancang buat kerja beralang-alang.

5.
Kesedaran itu menolak segala kemungkaran tetapi
kemungkaran itu menolak segala kebenaran

6.
Kalau terluka di kaki itu nampak darahnya tetapi
terluka di hati itu nampak marahnya.

7.
Orang yang celopar itu mengikut mulutnya manakala
orang yang lapar itu mengikat perutnya.

8.
Kadang-kadang begitu mudah mencari yang salah
tetapi begitu sukar mencari yang benar.

9.
Jika buat jasa orang sentiasa memuji tetapi jika
buat dosa orang sentiasa mengeji.

10.
Yang berbau harum orang sentiasa kagum tetapi
yang berbau busuk orang sentiasa kutuk.
 
 

 


 
Let silence
fill the wisdom
and let presence
fill the freedom
 
 

Dari kaca mata 
Ayla Arissa


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
 
Teratak Seri Teratai
Pulau Bahagia
   


 

Saturday 9 July 2016

182A: Orang Yang Sentiasa Berdiri Itu Berdikari | Orang Yang Sentiasa Duduk Itu Terperesuk






Yang sabar 
tidak mudah 
putus ikhtiar 
manakala yang cekal
 tidak mudah 
putus akal.


Baby Ameera

Di Penjuru pintu
sekuntum Bunga mawar 
Jika aku rindu
senyummu jadi penawar


1.   
Orang yang sentiasa berdiri itu berdikari tetapi orang
yang hanya duduk itu terperesuk
.

2.
Kadangkala bukan tidak bermula tetapi tergendala
dan bukan tidak berakhir tetapi tersingkir.

3.
Yang cemas sebelum berlawan sudah tewas dan yang
resah sebelum berlawan sudah kalah.

4.
Kalau dengar kata sahabat kita selamat tetapi kalau
dengar kata musuh kita bergaduh.

5.
Lebih ramai orang tahu lebih terasa malu dan lebih
ramai orang bercerita lebih terasa cela.

6.
Jangan sesekali medadah kalau susah dan jangan
sesekali membantah kalau salah.

7.
Boleh bersuara tetapi tidak boleh memaksa dan boleh
memihak tetapi tidak boleh mendesak.

8.
Orang yang tertuduh hilang pengaruh  dan orang yang
terdakwa  hilang wibawa.

9.
Kalau terhempas kita menggegggam jari tetapi kalau
terlepas kita menggigit jari.

10.
Yang sabar
tidak mudah putus ikhtiar manakala yang
cekal tidak mudah putus akal
.




Silence
is empty
Presence
is empathy




Warna memikat
putihnya berseri
Cinta terpahat
kasihnya bersemi 






Dari kaca mata 
Ayla Arissa


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
 
Teratak Seri Teratai
Pulau Bahagia
 



181F: Biar Malu-Malu Tetapi Jangan Sesekali Buat Malu | Biar Lari-Lari Tetapi Jangan Sesekali Bawa Lari

 


 Biar 
kurang sabar 
tetapi 
jangan kurang ikhtiar 
dan biar
kurang cekal 
tetapi 
jangan kurang akal.





 Bagaikan kata
yang sukar diungkap
dan bagaikan rahsia
yang sukar disingkap

 
1.  
Kalau terlalu khuwatir hidup menjadi getir dan kalau
terlalu bimbang hidup menjadi pincang

2.
Sesungguhnya lebih baik beringat sebelum terlewat
dan lebih baik bertaubat sebelum terlambat

3.
Lebih baik menggempur sebelum tersungkur dan lebih
baik menentang sebelum terlentang.

4.
Biar malu-malu tetapi jangan sesekali buat malu dan biar
lari-lari tetapi jangan sesekali bawa lari
.

5.
Biar kurang dengar tetapi jangan kurang ajar dan biar
kurang peka tetapi ja-ngan kurang bahasa.

6.
Biar kurang sabar tetapi jangan kurang ikhtiar dan biar
kurang cekal tetapi jangan kurang akal
.

7.
Biar kurang makan tetapi jangan kurang sopan dan biar
kurang modal tetapi jangan kurang akal.

8.
Kalau berang lebih baik bawa bertenang dan kalau marah
lebih baik bawa muhasabah.

9.
Yang cerdas apabila disuruh dia bersungguh tetapi yanag
malas apabila disuruh dia bertangguh

10.
Simpati menjadi penawar kepada yang gagal manakala
janji menjadi ikhtiar kepada yang cekal.




You are my eyes
to see the beauty'
 you are my ears
to hear the secret
and you are my heart
to feel the wonder 




Kuntum
mengharum
dan kelompak
semerbak  





Dari kaca mata 
Ayla Arissa


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratai Seri Teratai
Pulau Bahagia










Thursday 7 July 2016

181E: Yang Kita Buat Akan Menjadi Khidmat | Yang Kita Beri Akan Menjadi Bakti






Orang 
yang suka 
mengusap itu
makan suap
dan orang
yang suka 
mengulit itu
makan duit






Terungkap kata
bagaikan tidak percaya
dan tersingkap rahsia
bagaikan tidak berdaya


1.   
Apa yang kita buat akan menjadi khidmat dan apa
yang kita beri akan menjadi bakti
.

2.
Orang yang suka mengusap itu makan suap dan
orang yang suka mengulit itu makan duit.


3.
Orang yang selalu diberi itu makan budi dan orang
yang selalu ditolong itu makan tanggung
.

4.
Setiap permasalahan ada jalan penyelesaian dan
setiap perbalahan ada jalan perdamaian.


5.
Yang berazam sentiasa menggenggam kata tetapi
yang berdendam sentiasa memendam rasa.

6.
Apabila berebut kuasa ramai menjadi mangsa dan
apabila berebut harta ramai menjadi papa.

7.
Yang menang itu kerana pandai merancang tetapi
yang kalah itu hanya pandai berhelah.

8.
Jangan sekali-kali undur untuk menyerah dan jangan
sekali-kali akur untuk menyembah.

9.
Kadang-kadang orang yang menang itu tidak senang
dan orang yang kalah itu tidak susah

10.
Orang yang lulus itu pandai mengurus tetapi orang
yang gagal itu hanya pandai menyangkal.






It is not
the time that ticks
but my heart
and it is not
the rain that falls
but my tears






Takkan lemas
ikan di air
dan takkan mati
ikan di lubuk




Dari kaca mata 
Ayla Arissa


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratai Seri Teratai
Pulau Bahagia

Monday 30 May 2016

181D : Apabila Bertimbang Rasa Maka Berbisik Kata | Apabila Bertentang Mata Maka Berputik Cinta






Yang suka 
mencabar 
bukannya pendekar 
manakala
yang suka 
bergaduh 
bukannya jaguh.


Baby Arissa

Tak Tanam
tak tumbuh
Tak tumbuh
tak melata.
Tak berazam
tak bersungguh
Tak bersungguh
tak berjaya 


1.  
Lebih baik berhati-hati sebelum orang benci dan
lebih baik beringat-ingat sebelum orang khianat.

2.
Perkara yang benar itu lebih baik disebar tetapi
perkara yang sah itu lebih baik dihebah.


3.
Apabila bertimbang rasa maka berbisik kata dan
apabila bertentang mata maka berputik cinta.

4.
Mengalah bukan bererti  lemah dan menyanggah
bukan bererti  gagah.


5.
Yang suka mencabar bukannya pendekar manakala
yang suka bergaduh bukannya jaguh.

6.
Kita jadi kuat apabila sama-sama muafakat tetapi
kita jadi lemah apabila sama-sama berbalah.


7.
Biar lama asalkan tidak menjadi percuma dan biar
tua asalkan tidak menjadi sesia.

8.
Kalau melangkah biar sama–sama searah dan
kalau menongkah biar sama-sama segalah.

 

9.
Kalau tinggal biar sama-sama sebumbung dan
kalau gagal biar sama-sama menanggung.

10.
Kalau untung biar sama-sama menghitung dan
kalau buntung biar sama-sama menanggung.






Your eyes
reveal the secret
of the past
and your smile
unveils the wonder
of the future 








Biar kuntum
mengharum
dan biar wangi
bersemi 





Dari kaca mata Ayla Arissa


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
 

Teratak Seri Teratai

Pulau bahagia