Tuesday 10 September 2013

Strategic Planning | Operational Planning

(Menilai Potensi.
Menganalisis Prestasi)


  


MUKADIMAH
(Mesyuarat Projek SMA)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Slogan 1999
(Pengurusan Melalui Objektif)

Yang membezakan kejayaan dan false success ialah operational gap antara ideal dan realiti iaitu memilih jangkaan ideal dan membuat situationally specific priorities. Kadang-kadang hanya 20% hasil untuk 80% usaha, atau sebaliknya? (prinsip Pareto). Kurang ambil kira milestone iaitu jarak masa dan arah matlamat menyebabkan lebih critical daripada ideal. Justeru kita perlu memberi fokus kepada critical path dan membuat  evaluation and review untuk membaiki (corrective action) serta menambah nilai kepada projek.

Dan bahawasanya seseorang itu tiada memeperolehi
selain apa yang diusahakannya.
(An Najm: 39)

Berdasarkan analisis prestasi 1998 dan dapatan  KPIs (Key Performance Indicators), kita mampu mencipta kejayaan melalui strategic planning dan operational planning berasaskan critical success factor iaitu memberi fokus prioriti dan pemantauan berterusan. Mengambil kira success criteria iaitu masa, personnel dan kualiti untuk menilai prestasi projek dan mempastikan quality on the line

Dan bahawasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan.
(An Najm: 40)

Dalam mengurus projek kita perlu membuat feasibility study iaitu menilai potensi dan menganalisis prestasi sesuatu projek berasaskan kajian menyeluruh untuk meningkat keberangkalian kepada lebih 90%. Melihat kekuatan, peluang dan jaminan dalam mencapai matlamat projek dengan mengembelingkan masa dan tenaga. Justeru Usaha adalah manifestasi strategic cooperation dan strategic objective ( realistic and achievable). Jadi kita perlu berazam dan ‘toe the line’ mematuhi peraturan dan standard untuk setiap milestone.

Bermuafakatlah dengan mereka dalam urusan
 itu. Kemudian apabila kamu telah berazam maka 
Bertawakallah kepada Allah.
(Ali ‘Imran: 159)


 
ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu










No comments:

Post a Comment