Thursday 29 August 2013

Do Right Things | Do Things Right

(Hati Tak Rasa.
Mata Tak Peka)





 
MUKADIMAH
Februari 1999
(Mesyuarat Kokurikulum)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu
mendapat keberuntungan.
(Al Maidah: 35)

Sebagai deed of creed, usaha kita adalah ibadah dan komitmen kita adalah jihad. Hakikatnya perjuangan pendidikan belum lagi selesai, yang tersembunyi belum diketahui dan yang terperap belum disingkap. Justeru tuntutan profesion memerlukan ethical accounttability dan personal responsibility untuk menghadapi cabaran dan mencari hidden truth untuk penyelesaian pendidikan, yang berkonsepkan ‘do right things and do things right’.

Tiap-tiap manusia itu terikat dengan apa yang 
dikerjakannya.
(At Thur: 21)

Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan 
dari dosa yang dikerjakannya.
(An Nur: 11)

Inilah hidden reality yang memerlukan practical wisdom, iaitu ‘to do the right thing, at the right time and for the right reason’. Yang penting bukan pelajar hari ini tetapi pelajar 10 tahun akan datang, untuk menjadikan ‘today’s learner for tomorrow’s leader’ (Aram). Justeru komitmen kita adalah edu-jihad, iaitu usaha sepanjang masa dan jihad sepanjang hayat. Dalam mencari pengertian edu-jihad saya terpaksa learn to unlearn, mengimbas dan mengupas hingga kemudiannya saya tersentuh dengan the moment of truth yang tersirat dalam surah Al ‘Araf ayat 179, yang bermaksud:

Mereka ada hati tetapi tidak merasa, dan
mereka ada mata tetapi tidak melihat, dan
mereka ada telinga tetapi tidak mendengar.

Mereka sebenarnya adalah the missing generation iaitu byproduct of education yang kehilangan minda dan jiwa, iaitu homeless mind yang hanyut dalam kecelaruan dan homeless soul yang hilang dalam pencarian. Akhirnya mereka menjadi persona non gratta, yang tidak diperlukan dalam masyarakat, malah terbuang dan menghilang.

Yang mimpinya tanpa tujuan
Yang impiannya tanpa perjalanaan
Yang harapannya tanpa perhentian
(Aram)



ARAM
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu



No comments:

Post a Comment