Saturday, 15 December 2018

S195D : Makin Banyak Memuji Makin Banyak Peluang | Makin Banyak Berjanji Makin Banyak Hutang


AYLA ARISSA
(Our Little Secret)


5 Tahun 7 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

ILHAM MINDA 195D/39
BERJAUHAN RASA BERJIRAN KATA
(Short saying drawn from long experience)

31
Makin banyak memuji
makin banyak peluang tetapi makin makin
banyak berjanji makin banyak hutang.
17.3.2008
Sistem 2 Parti

32
Kadangkala pabila orang
menyokong baru dia terdorong dan apabila
orang memihak baru dia bergerak.
17.3.2008
“Imbangan Kuasa”

33
Yang bermegah-megah itu
tidak dapat hidayah dan yang menunjuk-
nunjuk itu tidak dapat petunjuk.
17.3.2008
Ali ‘Imran, Ayat 119

34
Kadang-kadang yang
serba kurang itu hidupnya senang tetapi yang
serba ada itu hidupnya hampa.
17.3.2008
“Marah Serta Benci”

35
Kadang-kadang apabila
dapat banyak kita terasa muak tetapi apabila
dapat kurang kita terasa malang.
18.3.2008
Jangkitan Entrovirus

36
Orang yang selalu buat
salah itu kurang disiplin dan orang yang selalu
buat masalah itu kurang yakin.
18.3.2008
"20 Pelajar Unimas"

37
Jika sama-sama setuju
mereka saling membantu tetapi jika berasa
syak mereka saling bertekak.
18.3.2008
Ali ‘Imran, Ayat

38
Kadang-kadang apabila
mewah mereka lupa diri tetapi apabila susah
mereka meminta simpati.
18.3.2008
“Sabar Dan Takwa”

39
Sekali buat salah maka
sekali hilang kepercayaan dan sekali buat
masalah maka sekali hilang kesetiaan.
19.3.2008
Hari Jadi 58

40
Kadang-kadang apabila
terlalu cemburu buat suami jemu dan apabila
 terlalu tamak buat isteri jelak.
19.3.2008
"Warga Emas"


ARAM2008
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir

No comments:

Post a comment