Tuesday, 28 January 2014

Barang Kian Lama Kian Buruk | Orang Kian Hina Kian Teruk

(Setia Diperdaya.
Taat Dikhianat)





ILHAM MINDA 91
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
EKORAN RASA EDARAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

11
Tenang bagai air dalam kolam tp tegang
bagai api dalam sekam.


12
Yang gagah saling mencabar dan yang
lemah saling bertengkar.

13
Jika mengaku hasutan selesai dan jika
bersetuju tuntutan langsai.


14
Yang terleka kurang berfikir tetapi yg
berkira jarang membazir.

15
Kian dilupa kian teringat dan kian di-
tinggal kian menyesal.

16
Tak berdaya meminta-minta dan tak
mampu merayu-rayu.
   
17
 
Barang kian lama kian buruk dan org
kian hina kian teruk
.


18
Dibiar lambat nanti melarat dan dibi-
ar lama nanti merana.

19
Sependapat sama-sama dapat dan
sepakat sama-sama berkat.

20
Terlalu setia diperdaya dan terlalu
taat dikhianat
.



 
Aram 91(b)
Teratak Seriterai


No comments:

Post a comment