Wednesday, 4 December 2013

Jika Minat Tak Penat | Jika Asyik Tak Serik

(Mata Tergoda.
Jiwa Kecewa)
 



ILHAM MINDA 71
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
CABARAN RASA CAGARAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)

41
Buat ragam orang geram dan buat
olah orang marah.


42
Main akal orang sangkal dan ma-
in mata orang cela.

43
Berhati-hati itu terpuji tetapi ber-
muka-muka itu tercela.


44
Pengajaran di rumah dan pem-
belajaran di sekolah.

45
Terlena dalam jaga dan dan ter-
paksa dalam rela.


46
Dilihat kian teringat dan dire-
nung kian termenung.

47
Hanyut tak berpaut dan ter-
apung tak bergantung.

48
Mata yang tergoda tetapi ji-
wa yang kecewa
.

49
Jika minat tak penat dan ji-
ja asyik tak serik
.
   

50
Malas apabila puas dan se-
gan apabila bosan.




 
Aram 71(e)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a comment