Sunday, 16 December 2018

S195E : Yang Malas Berfikir Akhirnya Menjadi Fakir | Yang Malas Berusaha Akhirnya Menjadi Papa


AYLA ARISSA
(Our Little Secret)

5 Tahun 5 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

ILHAM MINDA 195E/39
BERJAUHAN RASA BERJIRAN KATA
(Short saying drawn from long experience)

41
Apabila saling syak suami
isteri akan bertekak dan apabila saling  sangsi
suami isteri akan berkelahi.
19.3.2008
Barisan Kabinet

42
Kadang-kadang yang
bercinta itu terpaksa berpura-pura dan yang
berkasih itu terpaksa berdolak-dalih.
19.3.2008
“Aspirasi Rakyat”

43
Apabila berfikir sekali
akhirnya mencari-cari tetapi apabila berfikir
berkali-kali akhirnya menjadi.
19.3.2008
Lelong Kehidupan

44
Orang yang malas berfikir
akhirnya menjadi fakir dan orang yang malas
berusaha akhirnya menjadi papa.
19.3.2008
“Rumah Tangga Musnah”

45
Orang yang tegas itu
bekerja mengikut masa tetapi orang yang
malas itu bekerja mengikut rasa.
19.3.2008
Ali ‘Imran, Ayat 124

46
Orang yang tidak mudah
percaya payah diperdaya dan orang yang
tidak mudah yakin payah dipermain.
19.3.2008
“Dan Bersiap-Siaga”

47
Mula-mula terasa hendak
 lama-lama menyampah dan mula-mula
terasa jelak lama-lama berpisah.
20.3.2008
Hari Keputeraan

48
Kalau hilang kepercayaan
maka hilang kesetiaan dan kalau hilang
penghormatan maka hilang ketaatan.
20.3.2008
“Rasullullah SAW”

49
Kalau banyak perhitungan
maka banyak tanggungan dan kalau banyak
tekanan maka banyak bebanan.
20.3.2008
Cubaan Membeli

50
Perkara yang tidak betul
jangan sekali ditimbul dan perkara yang
tidak benar jangan sekali disebar.
20.3.2008
"Wakil Rakyat"  


ARAM2008
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir

No comments:

Post a comment