Friday, 14 December 2018

S195C : Kalau Buat Tak Tahu Itu Tandanya Suami Jemu | Kalau Buat Tak Kisah Itu Tandanya Isteri Pasrah


AYLA ARISSA
(Our Little Secret)


5 Tahun 7 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

ILHAM MINDA 195C/39
BERJAUHAN RASA BERJIRAN KATA
(Short saying drawn from long experience)

21
Jangan buat bising
kalau merasa diri penting dan jangan buat
gelagat kalau merasa diri hebat.
15.3.2008
Ali ‘Imran, Ayat 117

22
Orang yang lembam itu
 jangan sekali-kali diam dan orang yang bengap
itu jangan sekali-kali senyap.
15.3.2008
“Aniaya Diri Sendiri”

23
Jika selalu perasan orang
lain menjadi bosan dan jika terlalu bongkak
orang lain menjadi jelak.
16.3.2008
Kemelut Politik

24
Kalau buat tidak tahu itu
tandanya suami jemu dan kalau buat tidak
kisah itu tandanya isteri pasrah.
16.3.2008
“Dilema MB”

25
Orang yang pintar dapat
ikhtiar, orang yang bijak dapat bertindak dan
orang yang pandai dapat selesai.
16.3.2008
Jelajah GPMS

26
Yang gagah jangan sekali
menunjuk-nunjuk dan yang megah jangan
sekali mengutuk-ngutuk.
16.3.2008
“Perjelas DEB”

27
Sekali dipuji sudahpun terbeli,
sekali ditolong sudahpun terlelong dan se-
kali dibelai sudahpun tergadai.
16.3.2008
Ali ‘Imran, Ayat 119

28
Noktah itu mengakhiri
apa yang kita tulis manakala pangkah itu
mengakhiri apa yang kita garis.
16.3.2008
“Mudarat Bagimu”

29
Yang kita buat biarlah
disertai dengan niat dan yang kita muafakat
biarlah disertai dengan matlamat.
17.3.2008
Perkecilkan Kabinet

30
Api kalau sentiasa disiram
akhirnya padam tetapi hati kalau sentiasa
dikecam akhirnya berdendam.
17.3.2008
“Elak Pertindihan”


ARAM2008
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir

No comments:

Post a comment