Thursday, 16 March 2017

189C : Sedapat-Dapat Jadilah Orang Yang Taat | Seboleh-Boleh Jadilah Orang Yang Soleh



5 Tahun 5 Bulan

Ayla Arissa
(our little Secret)

Orang
yang hatinya
tidak senang itu
kecundang
dan orang
yang hatinya
tidak puas itu
tewas.


3 Bulan

Orang
yang sibuk itu
tidak banyak masa
tetapi orang
yang sebuk itu
tidak banyak
kerja.


1 Tahun 4 Bulan
 
3 Tahun 9 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

 
ILHAM MINDA 189
BERILUSTRASI RASA BERILUSI KATA
(Short saying drawn from long experience)

21
Kadang-kadang orang
yang mengalah itu menang tetapi orang yang menyumpah itu kecundang.
18.1.2007
Khutbah Jumaat

22
Orang yang hatinya
tidak senang itu kecundang dan orang yang hatinya tidak puas itu tewas.
18.1.2008
“Iman Dan Takwa”

23
Orang yang sibuk itu
tidak banyak masa tetapi orang yang sebuk
itu tidak banyak kerja.
18.1.2008
Sektor Pelancongan

24
Isteri yang tidak setia
akan membuat cela manakala suami yang tidak taat akan membuat maksiat.
18.1.2008
“Raih RM46.7b”

25
Yang papa itu terpak-
sa mencari-cari makan manakala yang kaya sentiasa pergi berjalan-jalan.
18.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 38

26
Sedapat-dapat
 jadilah seorang yang taat dan seboleh-boleh jadilah seorang yang soleh.
18.1.2008
“Anak Yang Baik”

27
Anak yang jahil
kalau dilepas menjadi buas dan anak yang degil kalau dibiar menjadi liar.
19.1.2008
Program Semai Bakti

28
Kalau segan
lebih baik cari yang sepadan dan kalau malu lebih cari yang sebulu.
19.1.2008
“Membantu OKU”

29
Kalau tidak
puas hati jangan membenci dan kalau tidak lepas geram jangan berdendam.
19.1.2008
Pembiayaan RM20j

30
Apabila saling faham
mereka terus diam tetapi apabila saling me-nuding mereka terus bising.
19.1.2008
“Program EPG”


Seri Teratai
 
Kaca Mata Ayla


ARAM2008
 (ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
4479 Seri Teratai
Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu
Terengganu

No comments:

Post a Comment