Tuesday, 14 March 2017

189B : Apabila Isteri Sangsi Suami Mula Memuji | Apabila Suami Curiga Isteri Mula Berahsia

5 Tahun 5 Bulan

Ayla Arissa
(our little Secret)

Orang
yang papa itu
kurang berbelanja
manakala
orang yang
fakir  itu kurang
membazir.

3 Bulan
  

Anak
yang terlalu
dikawal
akan menjadi bebal
dan yang
terlalu dibelengu
akan menjadi
dungu.

 
1 Tahun 4 Bulan
3 Tahun 9 Bulan
/span>

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)
  


ILHAM MINDA 189
BERILUSTRASI RASA BERILUSI KATA
(Short saying drawn from long experience)

11
Kadang-kadang orang
yang buta itu lebih waspada manakala orang yang celik itu lebih jelik.
16.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 37

12
Orang yang papa itu
kurang berbelanja manakala orang yang fakir  itu kurang membazir.
16.1.2008
“Didikan Yang Baik”

13
Semakin sangsi
semakin isteri tidak pasti dan semakin curiga semakin suami tidak percaya.
17.1.2008
Tambahan RM1b

14
Apabila isteri sangsi
suami mula memuji tetapi apabila suami curiga isteri mula berahsia.
17.1.2008
“Lahir Doktor Pakar”

15
Kemungkinan itu
hanyalah satu kebarangkalian tetapi keyakinan itu adalah satu kepastian.
17.1.2008
Peruntukan RM50j

16
Saling percaya membawa
kepada kedamaian tetapi saling berahsia mem-bawa kepada pertikaian.
17.1.2008
“Akademik Bomba”

17
Anak yang terlalu
dikawal akan menjadi bebal dan yang terlalu dibelengu akan menjadi dungu.
17.1.2008
Alternatif CCTV

18
Yang banyak pahala
hidupnya lebih sentosa tetapi yang bayak dosa hidupnya lebih tersiksa.
17.1.2008
“Perangi Jenayah”

19
Yang mencela tidak
akan menjadi mulia manakala yang memuji tidak akan menjadi keji.
17.1.2008
Al ‘Imran, Ayat 37

20
Orang muda jika
mengangguk tanda setuju dan orang tua jika menunduk tanda restu.
17.1.2008
“Memberi Rezeki”

Seri Teratai
Kaca Mata Ayla
ARAM2008
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
4479 Seri Teratai
Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu
Terengganu

No comments:

Post a comment