Wednesday, 3 May 2017

189D : Orang Yang Jujur Takkan Terlanjur | Orang Yang Ikhlas Takkan Terbabas




 5 Tahun 5 Bulan

Ayla Arissa
(our little Secret)

Setiap
yang bermula
menjadi punca
manakala 
setiap
yang berakhir
menjadi takdir


3 Bulan

Tahu itu
membawa
ke pintu ilmu
manakala
mahu itu
membawa
ke pintu nafsu.



1 Tahun 4 Bulan


3 Tahun 9 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


ILHAM MINDA 189
BERILUSTRASI RASA BERILUSI KATA
(Short saying drawn from long experience)

31
Orang yang jujur itu
tidak akan terlanjur dan orang yang
ikhlas itu tidak akan terbabas.
19.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 39

32
Kalau tersalah meramal
akhirnya tergugat dan kalau tersalah
beramal akhirnya tersesat.
19.1.2008
“Menahan Diri”

33
Orang yang merujuk itu
lebih baik ditunjuk manakala orang yang
merajuk itu lebih baik dipujuk.
20.1.2008
Penilaian Diri

34
Kadangkala orang yang
takut itu kerana bersalah manakala orang
yang ikut itu kerana mengalah.
20.1.2008
“Prestasi Kerja”

35
Kalau banyak masa
jangan berleka-leka dan kalau banyak
waktu jangan menunggu-nunggu.
20.1.2008
Lelaki Mewarisi

36
Kalau tidak ada duit
 jangan mengungkit dan kalau tidak ada
wang jangan membangkang.
20.1.2008
“Buta Warna”

37
Sesungguhnya baik bersedia
 jangan berputus asa dan baik bersabar
jangan berputus ikhtiar.
20.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 37

38
Kalau putus akal jangan
cuba menyangkal dan kalau putus
ikhtiar jangan mula mencabar.
20.1.2008
“Berita Ghaib”

39
Kalau tidak jelas
orang menjadi waswas dan kalau tidak
pasti orang menjadi sangsi.
21.1.2008
Pesta Minda

40
Kalau tidak tahan jangan
sekali-kali melawan dan kalau tidak tabah
jangan sekali-kali berbalah.
21.1.2008
‘Lahir Ulul Albab’



ARAM2008
 (ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
4479 Seri Teratai
Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu
Terengganu



No comments:

Post a Comment