Tuesday, 14 March 2017

189A : Yang Buruk Kalau Dibiar Akan Berdebu | Yang Busuk Kalau Dibiar Akan Berbau


 
5 Tahun 5 Bulan
Ayla Arissa

(our little Secret)

Sesungguhnya
orang yang sabar
mendapat iktibar
manakala
orang yang tabah
mendapat
hidayah.

3 Bulan

Kalau
bijak menabung
akhirnya untung
tetapi kalau
banyak berbelanja
akhirnya papa.


1 Tahun 4 Bulan
3 Tahun 9 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


ILHAM MINDA 189
BERILUSTRASI RASA BERILUSI KATA
(Short saying drawn from long experience)

1
Sesungguhnya orang
yang sabar mendapat iktibar manakala orang yang tabah mendapat hidayah.
15.1.2008
Peruntukan RM3b

2
Kalau marah jangan
buat-buat tidak endah dan kalau benci jangan buat-buat tidak peduli.
15.1.2008
“Pelajar Miskin”

3
Seseorang itu akan
 naik status apabila lulus dan seseorang itu akan naik taraf apabila diiktiraf.
15.1.2008
Peruntukan RM10j

4
Yang buruk kalau
dibiar akan berdebu manakala yang busuk kalau dibiar akan berbau.
15.1.2008
“Lahir 200 Usahawan”

5
Janji menjadi mainan
orang yang berkuasa manakala simpati menjadi mainan orang yang berharta.
15.1.2008
Ali ‘Imran, Ayat 31

6
Apabila berjanji
mereka tawar-menawar tetapi apabila berdengki mereka cabar-mencabar.
15.1.2008
“Mengampuni Dosa”

7
Baik beringat-ingat
sebelum datang gawat dan baik berjaga-jaga sebelum datang bahaya.
16.1.2008
Peruntukan RM2b

8
Yang kuat makan
jangan jadikan teladan dan yang makan gelojoh jangan jadikan contoh.
16.1.2008
“Latih Tenaga Pakar”

9
Yang pandai itu buat
kerja sampai selesai tetapi yang lalai itu buat kerja sampai terbengkalai.
16.1.2008
Bantuan RM600j

10
Kalau bijak
menabung akhirnya untung tetapi kalau banyak berbelanja akhirnya papa.
16.1.2008
“Usahawan Bumi”

Seri Teratai

Kaca Mata Ayla

ARAM2008
  (ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
4479 Seri Teratai
Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu
Terengganu

No comments:

Post a comment