Monday, 27 February 2017

186D : Berkawan Biar Ramai, Berlawan Jangan Sekali | Bersahabat Biar Ramai, Bersubahat Jangan Sekali




Kalau sedikit
jangan diungkit,
kalau tiada
jangan dipersenda
dan kalau kurang
jangan dibuang
 


Yang penting
mengenal
bukan menghafal
dan yang penting
beramal
bukan mengenal.



MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)
 


ILHAM MINDA 186
BERIBARAT RASA BERISYARAT KATA
(Short saying drawn from long experience)

31
Kalau lain yang
dilihat lain yang kita buat  maka lain yang dibuat lain yang kita dapat.
24.12.2007
Klinik Telemong

32
Orang yang ikhlas
cakapnya lebih beralas manakala orang yang cerdik cakapnya lebih berlapik.
24.12.2007
Normal 54mmol/l

33
Kadang-kadang
sekali buat kerja terhenti tetapi apabila berkali-kali buat kerja menjadi.
24.12.2007
Komuniti Bestari

34
Kalau sedikit jangan
diungkit, kalau tiada jangan dipersenda dan kalau kurang jangan dibuang
24.12.2005
Ejen Maklumat

35
Yang diam lebih
banyak mendengar manakala yang faham lebih banyak berikhtiar.
24.12.2007
Tekun Sedia RM73.6j

36
Jangan tersilap lawak
nanti kena tempelak dan jangan tersilap jenaka nanti kena cela.
24.12.2007
“Bantu Usahawan Bumi”

37
Yang penting mengenal
bukan menghafal dan yang penting beramal bukan mengenal.
24.12.2007
Perkasa Produk

38
Kadang-kadang yang
berkuasa itu ramai saudara tetapi yang berpengaruh itu ramai musuh.
24.12.2007
“Pasaran Global”

39
Kadangkala yang sulit
susah hendak dihuraikan dan yang rumit susah hendak diselesaikan.
24.12.2007
Al Baqarah, Ayat 286

40
Berkawan biar ramai,
berlawan jangan sekali dan bersahabat biar ramai, bersubahat jangan sekali.
24.12.2007
“Beban Ikut Mampu”


Teratak
4479 Seri teratai

Dari kaca mata
Ayra Amerra


 ARAM2007
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
4479 Seri Teratai
Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu
Terengganu

No comments:

Post a Comment