Thursday, 2 March 2017

186E : Yang Dipandang Rendah Lebih Bermaruah | Yang Dipandang Tinggi Lebih Keji


 
3 Tahun


Apabila
 terpedaya
baru hendak berjaga-jaga
dan apabila terjerat
baru hendak
beringat-ingat
5 Bulan
 
Kadangkala yang
sederhana buat kerja
lebih sempurna
tetapi yang istimewa
buat kerja
sambil lewa.
1 Tahun

3 Tahun

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


ILHAM MINDA 186
BERIBARAT RASA BERISYARAT KATA
(Short saying drawn from long experience)

41
Kadang-kadang
yang beramal itu ramai pesuruh tetapi yang terkenal itu ramai musuh.
25.12.2007
Lonjakan Pendidikan

Yang degil apabila
dipanggil dia memencil tetapi yang ingkar apabila diajar dia mencabar.
25.12.2007
“Angkasakan Tamadun”

43
Yang simpati itu
lebih banyak memberi tetapi yang membenci itu lebih banyak mencaci.
25.12.007
Masjid Dunia
44
Orang yang sukar
itu makan apabila lapar tetapi orang yang senang itu “makan” apabila kenyang.
25.12.2007
“Taman Tamadun  Islam”

45
Orang yang lambat
pergi terlepas rezeki manakala orang yang lambat datang terlepas peluang.
25.12.2007
Al Baqarah, Ayat 286

Mula-mula terpaksa
tetapi lama-lama rela dan mula-mula terdesak tetapi lama-lama hendak.
25.12.2007
“Pahala Kebajikan”

47
Kadangkala yang
dipandang rendah lebih bermaruah tetapi yang dipandang tinggi lebih keji.
26.12.2007
Kehidupan Maya

48
Apabila terpedaya
baru hendak berjaga-jaga dan apabila terjerat baru hendak beringat-ingat.
26.12.2007
“Penerokaan Minda”

49
Kadangkala yang
sederhana buat kerja lebih sempurna tetapi yang istimewa buat kerja sambil lewa.
26.12.2007
Al Baqarah, Ayat 286

50
Di sebalik yang kita 
saksi ada yang tersembunyi dan di sebalik yang kita lihat ada yang tersirat.
26.12.2007
“Siksaan Kejahatan”


Teratak
4479 Seri teratai


Dari kaca mata
Ayra Amerra



ARAM2007
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
4479 Seri Teratai
Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu
Terengganu

No comments:

Post a comment