Saturday, 30 March 2019

W196C : Yang Mudah Dipujuk Itu Mudah Ditunduk | Yang mudah Diumpan Itu Mudah Dibeban


                               AYRA AMEERA

(Our Little Wonder)

3 Tahun 4 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


ILHAM MINDA 196C/40
BERKALANG RASA BERKARANG KATA
(Short saying drawn from long experience)

31
Yang mudah dipujuk itu
mudah ditunduk manakala yang mudah
diumpan itu mudah dibeban.
26.5.2008
Ali ‘Imran, Ayat 130

32
          Kadang-kadang semakin
 kita belai semakin dia lalai dan semakin
kita urut semakin dia hanyut.
26.5.2008
“Pelihara Dirimu”

33
Yang sentiasa mencari itu
makannya tidak puas dan yang sentiasa
mencuri itu jalannya tidak bebas.
27.5.2008
Persetujuan 70%

34
Sekali meminjam selama-
lamanya berhutang dan sekali berdendam
 selama-lamanya bertualang.
27.5.2008
“Bersara 58 Tahun”

35
Yang makan rasuah itu
akhirnya dapat susah dan yang makan
riba itu akhirnya dapat bala.
27.5.2008
Pemimpin X-Faktor

36
Walaupun perit tetapi kita
masih boleh sampai dan walaupun sulit
tetapi kita masih boleh capai.
27.5.2008
‘Pulihkan Parti’
   
37
Yang sentiasa tabah tidak
mudah menggelabah dan yang sentiasa
sabar tidak mudah bertengkar.
27.5.2008
Ali ‘Imran, Ayat 131

  38  
Biar susah tetapi jangan
sekali-kali mengalah dan biar kalah tetapi
jangan sekali-kali menyerah.
28.5.2009
“‘Dari Api Neraka”

39
Yang makan untung hidupnya
senang tetapi yang makan tanggung
hidupnya menumpang.
28.5.2008
30,757 Lepasan SPM

40
Biar terpercik tetapi jangan
sekali-kali tertumpah dan biar terbalik
tetapi jangan sekali-kali terbelah.
28.5. 2008
‘Tawaran IPTA’



ARAM2008
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai

Kampung Pulau Bahagia, Manir

No comments:

Post a comment