Monday, 27 February 2017

186C : Yang Hidup Makmur Panjang Umur | Yang Hidup Ceria Panjang Usia




Kadangkala
rezeki dan rugi 
bersilih ganti
manakala
peluang dan malang
bersilih datang.
 


Yang bersyukur 
tangannya
sedia terhulur
tetapi
yang berdengki 
tangannya sentiasa
tersembunyi.




MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

 
ILHAM MINDA 186
BERIBARAT RASA BERISYARAT KATA
(Short saying drawn from long experience)

21
Orang yang ramah
hatinya tidak bimbang tetapi orang yang marah hatinya tidak tenang.
22.12.2007
Al Baqarah, Ayat 284

22
Kalau tidak kenal
jangan cuba menyangkal dan kalau tidak cam jangan cuba mengecam.
22.12.2007
“Hitungan Perbuatan”

23
Orang yang hidup
makmur itu panjang umur dan orang yang hidup ceria itu panjang usia.
23.12.2007
MAS Untung RM610j

24
Tanah subur
menjadikan negara makmur tetapi tanah gersang menjadikan negara pincang.
23.12.2007
“Malaysian Hospitality”

25
Kadangkala rezeki
dan rugi  bersilih ganti manakala peluang dan malang bersilih datang.
23.12.2007
95 Bilion Penduduk

26
Orang yang yakin
tidak cuba main-main dan orang yang percaya tidak main cuba-cuba.
23.12.2007
“854 juta Kelaparan”

27
Semakin dikejar
semakin mereka lari dan semakin dicabar semakin mereka bersembunyi.
23.12.2007
Rokok Punca COPD

28
Apabila dapat
untung dia bersembunyi tetapi apabila dapat buntung dia berbunyi.
23.12.2007
“Pernafasan Kronik”

29
Apabila dapat rezeki
dia menunjuk-nunjuk tetapi apabila dapat rugi dia mengutuk-ngutuk.
23.12.007
Al Baqarah, Ayat  285

30
Yang bersyukur  tangannya
sedia terhulur tetapi yang berdengki  tangannya sentiasa tersembunyi.
23.12.2007
“Dengar Dan Taat”


Teratak
4479 Seri teratai


Dari kaca mata
Ayra Amerra

ARAM2007
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
4479 Seri Teratai
Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu
Terengganu

No comments:

Post a comment