Monday, 27 February 2017

185F : Makin Tinggi Sasaran Makin Besar Cabaran | Makin Tinggi Harapan Makin Besar Beban

 



Semakin 
tinggi pangkat
semakin tinggi darjat 
tetapi semakin
  besar kuasa 
semakin besar 
bahaya.





nasihat itu
akan menjadi azimat
manakala
pesanan itu
akan menjadi
bekalan.





MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)
 


ILHAM MINDA 185
BERHUTANG RASA BERHALANG KATA
(Short saying drawn from long experience)

51
Semakin tinggi pangkat
semakin tinggi darjat tetapi semakin besar kuasa semakin besar bahaya.
17.12.2007
Al Baqarah, Ayat 283

52
Semakin tinggi sasaran
semakin besar cabaran dan semakin tinggi harapan semakin besar beban.
17.12.2007
“Saling Mempercayai”

53
Makin bertambah usia
makin banyak idea dan makin bertambah hayat makin banyak muslihat.
18.12.2007
Kemajuan Negara

54
Pesan orang tua
lebih baik disimpan manakala nasihat orang  tua lebih baik diingat.
18.12.2007
‘Keteguhan Ekonomi’

55
Sesungguhnya nasihat
itu akan menjadi azimat manakala pesanan itu akan menjadi bekalan.
18.12.2007
Tingkatkan Intelek

56
Perkataan yang
didahulukan itu biar beringat dan  perbuatan yang dilakukan itu biar berniat.
18.12.2007
“Kuasa Perubahan”

57
Sesungguhnya yang
sabar itu akhirnya menang tetapi  yang ingkar itu akhirnya kecundang.
18.12.2007
Al Baqarah, Ayat 283

58
Kadang-kadang semakin
percaya semakin berupaya dan semakin hormat semakin  bersemangat.
18.12.2007
“Tunaikan Amanat”

59
Kalau berang lebih
baik bawa berbincang dan kalau marah lebih baik bawa bermunasabah.
19.12.2007
Penyatuan Ummah

60
Setiap langkah
kita kena bersedia manakala setiap tingkah kita kena berwaspada
19.12.2007
Penyatuan Ummah

 25 Oktober 2014
Cameron Highland



Dari kaca mata
Ayla Arissa



ARAM2007
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
 4479 Seri Teratai
Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu

No comments:

Post a comment