Sunday, 26 February 2017

185E : Menjadi Sengketa Apabila Terlajak Kata | Menjadi Maksiat Apabila Terlajak Buat

 



Kata-kata tak
bermakna
kalau tak terlaksana.
Janji-janji tak
bererti kalau
tak terjadi.

 



Sesungguhnya
bersabar itu
menjadi penawar
manakala
bersungguh itu
menjadi
penyembuh.







MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)
 


ILHAM MINDA 185
BERHUTANG RASA BERHALANG KATA
(Short saying drawn from long experience)

41
Kalau  sudah terdesak
baru hendak memihak dan kalau sudah terpaksa baru hendak berserta.
16.12.2007
2866 Guru Terlatih

42
Selagi orang tidak pelawa
jangan tunjuk muka dan sekali orang tidak ajak jangan tunjuk lagak.
16.12.2007
“Mengisi kekosongan”

43
Orang yang kesihan itu
hanya memberi harapan dan orang yang simpati itu hanya memberi janji.
16.12.2007
Pertahanan Maritim

44
Kata-kata tidak bermakna
kalau tidak terlaksana dan janji-janji tidak bererti kalau tidak terjadi.
16.1.2.2007
“Melakar Sejarah”

45
Sesungguhnya bersabar
itu menjadi penawar manakala bersungguh itu menjadi penyembuh.
16.12.2007
Al Baqarah, Ayat 283

46
Perbuatan yang jahat
makin disembunyi makin berbunyi dan makin disorok makin berkokok.
16.12.2007
“Barang Tanggungan”

47
Biarlah berusia
asalkan rupa tidak tua dan biarlah berumur asalkan kulit tidak kendur.
17.12.2007
Eksport Ke AS

48
Kadang-kadang
semakin muda semakin berahsia tetapi semakin tua semakin bercerita.
17.12.2007
“Bernilai RM 7.17b”

49
Sesungguhnya lebih
baik beranjak sebelum terlajak dan lebih berundur sebelum terlanjur.
17.12.2007
TLDM Lakar Sejarah

50
Menjadi sengketa
apabila terlajak kata dan menjadi maksiat apabila terlajak buat.
17.12.2007
“Bengkel Meko User”


25 Oktober 2014
Cameron Highland


Dari kaca mata
Ayla Arissa


 ARAM2007
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)

4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu

No comments:

Post a comment