Monday, 27 February 2017

186A : Simpati Itu Bagai Salji Yang Menyegarkan | Benci Itu Bagai Api Yang Membakarkan




Apa
yang difikirkan
itulah yang ditakdirkan
tetapi apa yang
dikhayalkan
itulah yang
dikesalkan
 


Sesungguhnya
marah itu akhirnya
menjadi barah
dan dendam itu
akhirnya menjadi
sekam.



MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)



ILHAM MINDA 186
BERIBARAT RASA BERISYARAT KATA
(Short saying drawn from long experience)

1
Simpati itu harapan
yang perlu ditunai manakala janji itu ketetapan yang perlu dicapai.
19.12.2007
Galakan Pelaburan

2
Kawan itu memberi 
pesan dan harapan manakala sahabat itu memberi nasihat dan semangat.
19.12.2007
“Kukuhkan Ekonomi”

3
Apa yang difikirkan
itulah yang ditakdirkan tetapi apa yang dikhayalkan itulah yang dikesalkan.
19.12.2007
Al Baqarah, Ayat 283

4
Apa yang difikirkan lebih
baik dizahirkan tetapi apa yang dibencikan lebih baik disembunyikan.
19.12.2007
“Sembunyi Persaksian”

5
Kadang-kadang
kita berjanji  tetapi tidak menjadi dan kita bersetuju  tetapi tidak berlaku.
20.12.2007
Pelajar Intelek

6
Banyak tingkah maka
banyak ragamnya dan banyak masalah maka banyak geramnya.
20.12.2007
“Aset Negara”

7
Sesungguhnya marah
itu akhirnya menjadi barah dan dendam itu akhirnya menjadi sekam.
20.12.2007
Memahami Sejarah

8
Simpati itu bagai salji
yang menyegarkan tetapi benci itu bagaikan api yang membakarkan.
20.12.2007
“Wujud Kesetiaan”

9
Apabila sudah berumur 
biarlah  saling  jujur dan apabila sudah berusia biarlah saling percaya.
20.12.2007
Al Baqarah, Ayat 283

10
Semakin marah semakin
bertambah masalah dan semakin benci semakin bertambah rugi.
20.12.2007
“Berdosa Hatinya”


Teratak
4479 Seri Teratai

Dari kaca mata
Ayra Amerra
 

ARAM2007
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
4479 Seri Teratai
Pulau Bahagia, Manir

No comments:

Post a comment