Saturday, 25 February 2017

185B : Biar Hidup Susah Asal Tidak Meminta Sedekah | Biar Hidup Sederhana Asal Tidak Meminta Derma





Berhutang itu
penyakit yang sering berulang.
Meminjam itu
penyakit yang sering 
mengancam

 



Kita hebat
apabila ada keyakinan.
Kita selamat
apabila ada jaminan.



MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)
 

ILHAM MINDA 185
BERHUTANG RASA BERHALANG KATA
(Short saying drawn from long experience)

11
Kalau lari dari aduan
kita menjadi buruan dan kalau lari dari tuduhan kita menjadi habuan.
11.12.2007
Kebebasan Bersuara

12
Yang selalu berangan-
angan itu kempunan manakala yang selalu bermimpi-mimpi itu rugi.
11.12.2007
“Batasan Undang”

13
Biar hidup susah asal
tak meminta sedekah dan biar hidup sederha- na asal tak meminta derma.
11.12.2007
Al Baqarah, Ayat 282

14
Jika tak berjadual
kerjanya berbual-bual dan jika tak terancang kerjanya bersembang-sembang.
11.12.2007
“Jangan Tipu Hutang”

15
Berhutang itu penyakit
yang sering berulang dan meminjam itu penyakit yang sering mengancam.
12.12.2007
Ancaman Banjir

16
Kalau tidak tahu
jangan terus membisu dan kalau tidak faham jangan terus diam.
12.12.2007
18,856 Berpindah

17
Sesungguhnya yang
sabar itu sentiasa berpeluang tetapi yang ingkar itu sentiasa terbuang.
12.12.2007
Malaysia Timur

18
Orang yang sabar tidak
mudah putus ikhtiar dan orang yang cekal tidak mudah putus akal.
12.12.2007
‘Pribumi Termiskin’

19
Sekalipun gusar jangan
sampai hilang sabar dan sekalipun sukar jangan sampai hilang ikhtiar.
12.12.2007
Angkasa Lepas

20
Kita terasa hebat
apabila ada keyakinan dan kita terasa selamat apabila ada jaminan.
12.12.2007
‘Keperluan Strategik’”


5-9 Dis 2016
 Melaka & Cameron


Dari kaca mata
Ayla Arissa


ARAM2007
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)

4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu

No comments:

Post a comment