Saturday, 25 February 2017

185A : Yang Berpengaruh Ibadahnya Tertangguh | Yang Terkenal Ibadahnya Tertinggal


 


Yang Yakin
berjiwa pemimpin
dan yang setia
berjiwa hamba

 



Sekali terjatuh
selama-lamanya patuh
dan sekali tersungkur
 selama-lamanya akur.




MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)
  

ILHAM MINDA 185
BERHUTANG RASA BERHALANG KATA
(Short saying drawn from long experience)


1
Orang yang marah
cepat hilang sabar manakala orang yang gelabah cepat hilang ikhtiar.
9.12.2007
Al Baqarah, Ayat  282


2
Yang susah itu
lebih baik mencari ikhtiar manakala yang salah itu lebih baik mencari iktibar.
9.12.2007
“Tuliskan Muamalah”

3
Kadang-kadang
sabar dapat mencipta peluang tetapi ingkar hanya membawa malang.
10.12.2007
Masalah Perpecahan

4
Kadangkala apabila
orang yang gopoh buat silap maka orang yang bodoh buat senyap.
10.12.2007
“Kepentingan Diri”

5
Orang yang diam itu
lebih banyak bersabar tetapi orang yang geram itu lebih banyak mencabar.
10.12.2007
Isu Perkauman

6
Yang lari dari
masalah rasa bersalah dan yang lari dari azab rasa bertanggungjawab
10.12.2007
“Bom Jangka”

7
Mengaku kesalahan
itu satu keberanian tetapi menipu kesalahan  itu satu kekejian.
10.12.2007
Al Baqarah, Ayat 282

8
Yang selalu yakin itu
berjiwa pemimpin manakala yang terlalu setia itu berjiwa hamba.
10.12.2007
"Tulis Yang Benar"

9
Sekali terjatuh
selama-lamanya patuh dan sekali tersungkur selama-lamanya akur.
11.12.2007
Bertolak Ansur

10
Kadang-kadang jika
berpengaruh ibadah tertangguh dan jika terkenal ibadah tertinggal.
11.12.2007
“Formula Penyatuan”


Teratak
Seri Teratai


Dari kaca mata
Ayla Arissa


ARAM2007
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)

4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir

21200 Kuala Terengganu

No comments:

Post a comment