Saturday 25 February 2017

185C : Makan Sedikit-Sedikit Lama-Lama Jadi Kenyang | Simpan Sedikit-Sedikit Lama-Lama Jadi Senang





Baik berfikir daripada
berserah kepada takdir.
Baik bertindak daripada
berserah kepada
kehendak




Ramai yang mencela
tetapi sedikit yang membela.
Ramai yang mencaci
tetapi sedikit yang bersimpati.




MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)


ILHAM MINDA 185
BERHUTANG RASA BERHALANG KATA
(Short saying drawn from long experience)

21
Baik berfikir daripada
berserah kepada takdir dan baik bertindak daripada berserah kepada kehendak.
12.12.2007
Al Baqarah, Ayat 282

22
Kalau tidak cukup
jangan cuba main cekup dan kalau tidak
puas jangan cuba main pulas.
12.12.2007
“Dua Orang Saksi”

23
Makan sedikit-sedikit
lama-lama jadi kenyang dan simpan sedikit-sedikit lama-lama jadi senang.
13.12.2007
Banjir Takdir

24
Yang gagah bertempur
yang lemah berundur dan  yang kuat bertarung yang cacat  berlindung.
13.12.2007
“Peringatan Kerakusan”

25
Orang yang tak patuh
akhirnya terjatuh dan orang yang tak akur akhirnya tersungkur.
13.12.2007
Angkasa Lepas

26
Yang pandai bercakap
kerja tidak siap-siap dan yang pandai berhujah kerja tidak sudah-sudah.
13.12.2007
“Milik Sejagat”

27
Kadang-kadang apabila
siap ada yang berbunyi tetapi apabila silap ada yang bersembunyi.
13.12.2007
Al Baqarah, Ayat 282

28
Kadang-kadang
apabila siap banyak yang silap dan apabila sudah banyak yang salah.
13.12.2007
“Saksi Yang Diredai”

29
Ramai yang mencela tetapi
sedikit yang membela dan ramai yang mencaci tetapi sedikit yang simpati.
14.12.2007
Khutbah Jumaat

30
Ramai yang membantah
daripada memujuk dan ramai yang mengarah daripada menunjuk.
14.12.2007
“Balasan Yang Ingkar”


5-9 Dis 2016
Melaka & Cameron


Dari kaca mata
Ayla Arissa


ARAM2007
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)

4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir

21200 Kuala Terengganu

No comments:

Post a Comment