Thursday, 23 February 2017

183E : Janji Mainan Orang Muda | Simpati Mainan Orang Tua



Yang sangsi
takkan peduli
Yang curiga
takkan percaya



Ada idea
tetapi tak berdaya.
Ada akal
tetapi tak bermodal.




41
Kadang-kadang
banyak idea tetapi tidak ada daya dan banyak akal tetapi tidak ada modal.
27.11.2007
Al Baqarah, Ayat 275


42
Apabila faham mereka
saling berganding tetapi apabila geram mereka saling berpaling.
27.11.2007
‘Menghalal Jual beli’

43
Apabila sangsi
mereka saling tidak peduli dan apabila curiga mereka saling tidak percaya.
28.11.2007
Petisyen Hindraf

44
Sekali jadi pejuang
selamanya dikenang tetapi sekali jadi pengkhianat selamanya diumpat.
28.11.2007
‘Berunsur Hasutan’

45
Kalau berkuasa jangan sekali-bermaharajalela dan kalau berharta jangan sekali berleluasa.
28.11.2007
Ternak Keli Kanvas

46
Janji hanya
mainan orang muda manakala simpati hanya mainan orang tua.
28.11.2007
‘Sasar Miskin Sifar’

47
Sepandai-pandai
bercakap ada kala tersilap dan sepandai-pandai bertutur adakala terlanjur.
28.11.2007
Pesta Monson Cup

48
Orang yang biasa itu
hidupnya selesa mnakala orang yang terkenal itu hidupnya terkawal.
28.11.2007
‘Teluk Warisan’

49
Apabila ada jadual
kerja lebih terkawal dan apabila ada 
disiplin kerja lebih terjamin.
28.11.2007
Al Baqarah, Ayat 275

50
Yang menipu itu orang
takkan bantu manakala yang berbohong itu orang takkan tolong.
28.11.2007
‘Mengharamkan Riba’




5-9 Dis 2016
Zoo Melaka




 Dari kaca mata
Ayla Arissa


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai
Pulau Bahagia

No comments:

Post a comment