Setia
Sentiasa bersedia.
Taat
Sentiasa beringat
Yang baik
didedah menjadi cemerlang.
Yang jelik
didedah menjadi tembelang.
|
51
Orang yang setia
sentiasa bersedia manakala
orang yang taat sentiasa beringat.
29.11.2007
Cipta Kekayaan
52
Yang baik jika didedah
akan jadi cemerlang tetapi
yang jelik jika didedah jadi tembelang.
29.11.2007
‘Ubah Gaya Hidup’
53
Yang sentiasa berazam
menjadi unggul tetapi yang sentiasa memendam
menjadi tunggul.
29.11.2007
“Sejarah Berulang”
54
Kadangkala semakin
berumur semakin terlanjur
dan semakin berusia semakin tercela.
29.11.2007
“Perkongsian Kuasa”
55
Semakin berumur
biarlah semakin
bersyukur dan semakin berusia biarlah semakin percaya.
29.11.2007
Al Baqarah, Ayat 276
56
Biarlah semakin
berumur sema-kin jujur dan
biarlah semakin berusia se-makin setia.
29.11.2007
‘Musnahkan Riba’
57
Sesungguhnya jasa
yang baik orang sentiasa
sanjung tetapi dosa yang jelik sendiri tanggung.
30.11.2007
Khutbah Jumaat
58
Kalau tidak tahu
jangan buat-buat bijak
dan kalau tidak malu jangan buat-buat lagak.
30.11.2007
‘Jalan Yang Lurus’
59
Jangan gundah
sekalipun kerja itu
susah dan jangan gusar sekalipun kerja itu sukar.
30.11.2007
Al Baqarah, Ayat 276
60
Kadang-kadang
yang berakal itu sukar
disangkal dan yang berkhayal itu sukar dikawal.
30.11.2007
‘Galakkan Sedekah’
|
5-9 Dis 2016
Masjid China Melaka
|
Dari kaca mata
Ayla Arissa
ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL
MAJID)
Teratak Seri Teratai
Pulau Bahagia
|
Koleksi Ilham Minda Kata-kata Inspirasi, Poem, Quote Kalamullah dan Seni Bahasa
Thursday, 23 February 2017
183F : Semakin Berumur Biar Semakin Jujur | Semakin Berusia Biar Semakin Setia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment