Wednesday, 22 February 2017

183D : Dapat Laba Sama-Sama Berkira | Dapat Untung Sama-Sama Berhitung

Janji
Membawa Sangsi
Sumpah
 Membawa Masalah




Kerana marah
dapat masalah tetapi
kerana sabar
dapat ikhtiar.




31
Kadangkala kerana
marah dapat  masalah tetapi kerana
sabar dapat ikhtiar.
26.11.2007
Catatan Perjalanan

32
Kalau ditanya jangan
sekali-kali ternganga dan kalau disoal jangan sekali-kali menyangkal.
26.11.2007
“Mengenali Erti Diri”

33
Yang saling bercuriga 
 akhirnya bersengketa dan yang saling bersangsi akhirnya berkelahi.
26.11.2007
Pengisian Waktu

34
Kalau dapat laba
biar sama-sama berkira dan kalau dapat untung biar sama-sama berhitung.
26.11.2007
“Makna Kehidupan”

35
Orang yang lemah itu
sentiasa dikhianat tetapi orang yang gagah itu sentiasa dihormat.
26.11.2007
Al Baqarah, Ayat 273

36
Tanpa ibu hidupnya
terkontang-kanting manakala tanpa guru hidupnya terumbang-ambing.
26.11.2007
“Tak Meminta-Minta”

37
Kadangkala janji hanya
membawa sangsi manakala sumpah hanya membawa musibah.
27.11.2007
Lebih 200 Kediaman

38
Melihat tetapi
 tidak memberi nasihat dan memandang tetapi tidak memberi peluang.
27.11.2007
‘Ditenggelami Air

39
Orang yang diam itu
cepat dapat faham manakala orang yang dengar itu cepat dapat ikhtiar.
27.11.2007
Bantuan RM10,000

40
Lebih baik buat-buat
pekak kalau orang bentak dan lebih baik buat-buat tuli kalau orang caci.
27.11.2007
‘Pengusaha Teksi’.

 


5-9 Dis 2016
Masjid China Melaka



 Dari kaca mata
Ayla Arissa


ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
Teratak Seri Teratai
Pulau Bahagia

No comments:

Post a Comment