Tuesday, 3 May 2016

179C : Akal Aset Untuk Berbicara | Modal Aset Untuk berniaga


Sakit kerana bersabit
Sembuh kerana patuh






Bagaikan angin
membisik kata
dan bagaikan dingin
mengusik rasa



1.   
Semakin dekat semakin terasa cemas dan
semakin rapat semakin terasa lemas.


 
2
Yang patuh Jika disuruh dia bersungguh dan
yang taat  jika berbuat dia bersemangat.

 

3
Akal itu aset orang yang berbicara manakala
modal itu aset bagi orang yang berniaga.


 
4
Orang yang bodoh sentiasa gopoh manakala
orang yang jahil sentiasa musykil.

 

5
Kalau berasa sangsi jangan  menyindiri dan
dan kalau berasa syak jangan melalak.

 

6
Orang yang berjual  mendapat untung tetapi
orang yang berbual itu mendapat buntung.

 

7.
Yang jahil tidak tahu jika ditanya manakala
orang yang degil tidak mahu jika dipaksa.

 

8
Apabila melepak mereka berbual-bual dan
apabila merayau-rayau mereka mengacau.

 

9
Yang tepuk bersambut kasih berpaut tetapi
yang tepuk sebelah tangan masih kempunan.


 
10
Setiap yang sakit kerana bersabit manakala
setiap yang sembuh itu kerana patuh.


Ayla Arissa Cucu Pertama


I have a dream.
I want to share,
and together we care.
A smile of a baby
with beautiful eyes,
like twinkle stars
in the sky.

 




 Home Sweet Home
SRI TERATAI

  
 
Dari Kaca Mata Ayla


 

ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)

No comments:

Post a Comment