Wednesday, 4 May 2016

179D : Kalah Bukan Kerana Tulah | Gagal Bukan Kerana Sial



Yang silap  menunjukkan sikap.
Yang cuai  menunjukkan perangai.


Baby Arissa
Wajah Kesayangan Atuk




Bagaikan hari
tidak bertukar ganti
dan bagaikan hati
tidak sabar menanti


1.   
Yang patuh jika disuruh dia bersungguh dan
yang taat jika berbuat dia bersemangat.


2
Yang cerdas itu jika dimarah dia faham tetapi
yang malas itu jika dimarah dia geram.


3
Yang lembab jika ditanya tidak menjawab dan
yang lembam jika ditanya tidak faham.

 

4
Yang cerdas buat apa yang difahaminya tetapi
yang malas buat apa yang dialaminya.


5
Yang lembam buat apa yang dia faham dan
yang dungu buat apa yang dia tahu.


6
Sesungguhnya yang kita kata itu mesti dikota
dan yang kita cakap itu mesti disiap.


7.
Yang silap itu menunjukkan sikap manakala
yang cuai itu menunjukkan perangai.


8
Yang banyak silap kerjanya lambat siap dan
yang banyak salah kerjanya lambat sudah.


9
Yang berjual sentiasa manambah modal dan
yang berakal sentiasa menambah amal.


10
Kalah itu bukan kerana  tulah manakala
gagal itu bukan kerana  sial..

 


The Apple Of One's eye



A cry of a baby
that touche our hearts
like the cold wind
from the valley 


Home Sweet Home
Berenang-Renang Ke Tepian



Dari Kaca Mata Ayla




ARAM
(ABDUL RASHID ABDUL MAJID)
 

No comments:

Post a Comment