Friday, 28 August 2015

179B : Ulama Bersetuju Ummah Bersatu | Ulama Bercanggah Ummah Berbalah


(Rupa Hati.
Kata Budi) 

 




Mamaya fields
The Russians have erected
a series of enormous war memorials
in a large park on the Mamaya fields,
the site of the decisive parts of
the Battle of Stalingrad.



(rindu terapung)



ILHAM MINDA 179
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BERGERAK RASA BERGANJAK KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom) 



1
Bagaimana rupanya begitu hatinya dan
bagaimana katanya begitu budinya.

 

2
Yang dicakap menunjukkan sikap dan
yang dibuat menunjukkan tabiat.


3
Kalau kurang berfikir datang bala dan
kalau kurang menaksir hilang laba.


4
Berdusta jika terpaksa, mengelak jika
terdesak
dan menjerit jika tersepit.

 

5
Jangan salah fikir nanti kena sindir dan
jangan salah tafsir nanti kena pinggir.

 

6
Jangan silap kata nanti kena cela dan
jangan silap buat nanti kena umpat.


7
Ulama bersetuju ummah bersatu tetapi
ulama bercanggah ummah berbalah.


8
Tak mahu jangan cuba menyanggah dan 
tak setuju jangan cuba membantah.


9
Selagi tak selesai usah buat perangai dan
selagi tak tamat usah buang tabiat.


10
Dengan kata-kata, orang terpedaya dan
dengan tindak-tanduk, orang tertunduk. 

 





Spring in Volgo 
The smells of spring flowers and
the beautiful blooming trees. It is
really worth to see the beauty and

the wonder of Volgo.


(mimpi tergantung) 


 





A moment is temporary but a joy
is forever. Colourful smiles but tearful hearts,
'stony rain is better than golden rain'. Still
home sweet home.  


 




Hari Raya di perantauan
in volgo. The feeling of brotherhood and
the difference scenario, really an experience. 
The joy and tears, the moment of truth
and the truth of wisdom.



Aram 179(b)
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment