Tuesday, 26 November 2013

With An Idea To Reform | With An Agenda To Perform

(Akar Bercambah.
Ranting Berbuah) 



 


MUKADIMAH
(Mesyuarat Kurikulum)

Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


 Slogan 2001
(Kecemerlangan Melalui Persaingan)


Kita memerlukan an idea to reform and an agenda to perform (Aram) untuk menjadikan pelajar ‘pemburu ilmu' yang menguasai rimba pengetahuan. Malah dengan slogan  Solving Through Changes (1998), Management By Objective (1999) dan  Excellence Through Competition (2001), diharapkan dapat mencetus aspirasi dan ispirasi untuk membina tradition of excellence iaitu kecemerlangan dari segi ilmu dan amalan.

Bukan sahaja tahu tetapi kenal
dan bukan sahaja berilmu tetapi beramal.

(Aram)

Hakikatnya, kita telah mewarisi mandat Khalifah untuk mengisi tuntutan Anbiya sebagai satu kepercayaan. Bahawa ilmu itu wajib dituntut dari buaian hingga ke liang lahad, untuk memenuhi konsep long life learning. Kepercayaan ini seharusnya dapat mengukuhkan lagi tradisi kecemerlangan yang bertunjangkan budaya dan berpucukkan intelektualisme.

Apabila akar menunjang maka ranting
menjulang dan apabila akar bercambah 
maka ranting berbuah.
(Aram)

Sesungguhnya tradisi kecemerlangan ini sudah tersurat dalam lipatan sejarah sebagai warisan tamadun yang akan berulang, milestones of success. Jadi biarlah kita sama-sama berbakti untuk mengulangi sejarah kegemilangan ini untuk memulakan a chain of success. Mudah-mudahan kecemerlangan menjadi impian dan inspiration of life yang berterusan untuk memulakan gelombang intellectual yang akan menyemarakkan lagi edu-jihad demi agama, bangsa dan Negara. Insya Allah. 

Dan bejihadlah kepada jalan-Nya, supaya
kamu dapat keberuntungan.

(Al Maidah: 35)

Sesungguhnya orang yang berbakti itu benar-
benar berada dalam kenikmatan yang besar. 
(Al Mutafifin: 22)



ARAM 37
(ABDUL RASHID BIN ABDUL MAJID)
Sekolah Menegah Kebangsaan Matang
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu    

No comments:

Post a Comment