Wednesday, 27 November 2013

Mata Hanya Melihat Rupa | Hati Hanya Melihat Budi

(Berpada-pada.
Berfoya-foya)


 
  
ILHAM MINDA 68
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
BIDASAN RASA BIDALAN KATA
(Short saying drawn from long experience)
(One man’s wit is all men’s wisdom)
21
Buat-buat gagah tak betah dan buat-
buat kuat tak larat.


22
Yang miskin berpada-pada tetapi yang
kaya berfoya-foya.

23
Memaksa banyak meminta dan men-
desak benyak berkehendak.

24
Beringat sentiasa cermat dan berpe-
san sentiasa menyimpan.

25
 Mata hanya melihat rupa tetapi hati 
hanya melihat budi
.


26
Berikrar tetapi tak benar dan ber-
sumpah tetapi tak sah.

27
Beri nasihat itu sahabat tetapi cari
gaduh itu musuh.


28
Jika kuat orang hormat tetapi jika
lemah orang tohmah.

19
Menolong usah berbohong dan
membantu usah menipu.
   

30
Yang mahu tertipu dan yang
 percaya terpedaya. 
 
 
 
 
Aram 68(c)
Teratak Seriterai

No comments:

Post a Comment