Tuesday, 16 April 2013

Ibadat Sudah Dicatat | Amal Sudah Ditimbal

(Pahala ke syurga.
 Dosa ke neraka)





 
(165)
‘Pembalasan’
Bicara Tok Ngah
29 Jun 2011
10.20 malam

 
ARAM

 
Akal tidak
dapat meramal.
Ianya adalah rahsia
yang tak dapat dijangka.
Hanya apabila kiamat datang
maka segala nikmat hilang.
Segala taubat
sudah terlambat.
Tiada jalan untuk 
berpatah balik
dan tiada harapan
untuk berbuat baik.


Setiap ibadat
sudah dicatat

dan setiap amal
sudah ditimbal
.
Tidak guna lagi menyesal
kalau disoal
dan tidak guna lagi merayu
kalau sudah berlaku.
Hanya pahala
menjadi jaminan ke syurga
tetapi dosa
menjadi pasport ke neraka.

 
 



 Aku merahsiakan
(waktu) supaya tiap-tiap diri
itu dibalas dengan apa
yang diusahakan.

(Thaha: 15)

 
 



 
Arambayu 165
Teratak Seriteratai

No comments:

Post a Comment