Tuesday, 16 April 2013

Kawan Usah Berlawan | Sahabat Usah Bersubahat

(Marah menyumpah.
 Geram berdendam)
 

 




(II)

 
Sekali cemburu
jangan sesekali melulu.
Sekali dengki
jangan sesekali mencaci.
Sekali marah
jangan sesekali menyumpah.
Sekali geram
jangan sesekali berdendam.
Sekali benci
jangan sesekali mengeji.

 
Sekali berkawan
jangan sesekali berlawan
.
Sekali bersahabat
jangan sesekali bersubahat
.
Sekali berkeluarga
jangan sesekali berdusta
Sekali bersaudara
jangan sesekali bersengketa.
Sekali berjiran
jangan sesekali menekan.


 




Ilham Aram 168
16 April 2013
6.20 petang

No comments:

Post a comment