Thursday, 17 January 2013

Jujur Tak Terlanjur | Ikhlas Tak Terbabas

(Akur tersungkur.
Percaya terpedaya)


 




(I)

Kalau tahu
takkan tertipu.
Kalau faham
takkan berdendam.
Kalau segan
takkan perasan.
Kalau malu
takkan melulu.

Kalau jujur
takkan terlanjur
.
Kalau ikhlas
takkan terbabas
.
Kalau patuh
takkan terpengaruh.
Kalau akur
takkan tersungkur.
Kalau percaya 
takkan terpedaya.
Kalau yakin
takkan bermain-main.



 
Ilham Aram 130
17 Januari 2013
5.55 petang

No comments:

Post a comment