Wednesday, 16 January 2013

Kebaikan Itu Dirahmati | Kejelikan Itu Dilaknati

(Rahmat itu nikmat.
 Tawaduk itu khusyuk)



           

(127)
‘Kebaikan’
Bicara Tok Ngah
14 April 2011
12.43 tengah hari

ARAM

Orang yang 
sentiasa tawaduk itu
mendapat petunjuk
dan orang yang 
sentiasa beribadat itu
mendapat rahmat.
Semakin mendapat petunjuk
semakin khusyuk 
dan semakin mendapat rahmat
semakin nikmat.


Oleh itu 
orang yang berbuat kebaikan
akan sentiasa dirahmati

 tetapi orang yang berbuat kejelikan
akan sentiasa dilaknati
.
Yang dirahmati 
akan mendapat pahala
tetapi yang dilaknati 
akan mendapat siksa.


 

 
Sesungguhnya
rahmat Allah amat dekat
kepada orang-orang yang
berbuat baik

(Al A’raf: 56)

 
 

  
 Arambayu 127
 Teratak Seriteratai

No comments:

Post a comment