Sunday, 9 December 2018

W194F : Kata-Kata Simpati Itu Menjadi Penawar | Kata-Kata Janji Itu Menjadi Ikhtiar


AYRA AMEERA

(Our Little Wonder)

3 Tahun 4 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

ILHAM MINDA 194E/39
BERIMAGINASI RASA BERINSPIRASI KATA
(Short saying drawn from long experience)

51
Kadang-kadang orang
yang menang itu dapat senang manakala
orang yang kalah itu dapat hidayah.
11.3.2008
Kos Perang Iraq

52
          Yang kita usul itu biar betul, 
yang kita rancang itu biar terang dan yang
kita sasar itu biarlah benar.
11.3.2008
“RM38.5b Sebulan”

53
Tidak semuanya yang
mereka ucap itu silap dan tidak semuanya
 yang kita dengar itu benar.
11.3.2008
Ali ‘Imran, Ayat 112

54
Kalau bercakap biarlah
jelas, kalau berucap biarlah tegas dan kalau
mengungkap biarlah ikhlas.
11.3.2008
“Melampaui Batas”

55
Kalau terasa murung jangan
 sekali melaung-laung dan kalau terasa sakit
jangan sekali menjerit-jerit.
12.3.2008
Undi Protes

56
Berilmu hanya menjadikan
kita lebih tahu manakala beramal pula
menjadikan kita lebih kenal.
12.3.2008
‘Punca Kekalahan’  

57
Jangan menyombong nanti tiada
siapa yang menolong dan jangan menipu
 nanti tiada siapa yang membantu.
12.3.2008
Leteran Isteri
       
58    
Yang menggunakan akal
akhirnya menang tetapi yang mengguna-
kan tangkal akhirnya kecundang.
12.3.2008
“Punca Mati Pucuk”

59
Jangan sekali berpura-
pura nanti orang cela dan jangan sekali
menunjuk-nunjuk nanti orang kutuk.
12.3.2008
Ali ‘Imran, Ayat 113

60
Kadang-kadang kata-kata
simpati itu menjadi penawar manakala kata-
kata janji itu menjadi ikhtiar.
12.3.2008
“Berlaku Lurus”



ARAM2008
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir

No comments:

Post a comment