Friday, 7 December 2018

W194E : Kehidupan Orang Yang Mewah Itu Serba Senang | Kehidupan Orang Yang Susah Itu Serba Kurang


AYRA AMEERA

(Our Little Wonder)

3 Tahun 4 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

ILHAM MINDA 194E/39
BERIMAGINASI RASA BERINSPIRASI KATA
(Short saying drawn from long experience)

41
Kehidupan orang yang
mewah itu serba senang tetapi kehidupan
orang yang susah itu serba kurang.
9.3.2008
Ali ‘Imran, Ayat 112

42
          Kadang-kadang orang
yang kurang harta lebih senang manakala
orang yang lebih harta kurang tenang.
9.3.2008
“Diliputi Kehinaan”

43
Apabila ada rezeki maka
ramai orang pergi dan apabila ada peluang 
maka ramai orang datang.
10.3.2008
Pakatan Pembakang
44
Sesungguhnya dalam setiap
 kesusahan itu ada kemudahan dan dalam
setiap kesukaran itu ada cabaran.
10.3.2008
“Tawan 5 Negeri”

45
Yang susah sentiasa men-
cari kesenangan manakala yang mewah 
sentiasa mencari ketenangan.
10.3.2008
Undi Protest

46
Orang yang sentiasa melabur
akhirnya untung manakala orang yang
sentiasa berhibur akhirnya murung.
10.3.2008
“Tsunami Politik”
   
47
Yang terpinggir bagai
musafir di padang pasir dan yang terbuang
bagai geladang di padang gersang.
10.3.2008
Ali ‘Imran, Ayat 112
       
48    
Orang yang banyak
berbual itu banyak akal dan orang yang banyak
mengumpat itu banyak muslihat.
10.3.2008
“Mereka Durhaka”

49
Orang yang malas itu
sentiasa dapat telunjuk manakala orang yang
tegas itu sentiasa dapat petunjuk.
11.3.2008
Dilema Politik

50
Kadang-kadang orang
 yang pasrah itu dapat hidayah dan orang
yang tawaduk itu dapat petunjuk.
11.3.2008
‘Tiada Majoriti 2/3’



ARAM2008
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir

No comments:

Post a comment