Friday 30 November 2018

W194C : Semakin Terkenal Semakin Kurang Beramal | Semakin Masyhur Semakin Kurang Bersyukur


AYRA AMEERA

(Our Little Wonder)

2 Tahun 9 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

ILHAM MINDA 194C/39
BERIMAGINASI RASA BERINSPIRASI KATA
(Short saying drawn from long experience)

21
Apabila hilang kuasa
orang lain berani bersuara dan apabila hilang
pengaruh orang lain berani menuduh.
5.3.2008
Ali ‘Imran, Ayat 106

22
          Semakin terkenal
semakin kurang beramal dan semakin masy-
hur semakin kurang bersyukur.
5.3.2008
“Wajah Muram”

23
Yang terabai hidupnya
terumbang-ambing manakala yang tergadai
hidupnya terkontang-kanting.
6.3.2008
Terengganu Model

24
Orang yang tawaduk itu
jalannya menunduk tetapi orang yang bong-
kak itu jalannya mendongak.
6.3.2008
“Pentadbiran Kelantan”

25
Kalau banyak memberi
alasan kerja terabai dan kalau banyak mem-
beri ulasan kerja terbengkalai.
6.3.2008
Ali ‘Imran, Ayat 110

26
Kadang-kadang orang yang
bodoh itu jalannya lurus manakala orang
yang gelojoh itu makannya rakus.
6.3.2008
“Umat Terbaik”
   
27
Kadang-kadang sefakir-fakir
manusia masih dapat berfikir tetapi sedungu-
dungu manusia lebih cepat buntu.
7.3.2008
Khutbah Jumaat

       28       
Kalau salah maklumat selama-
lamanya tak sampai dan kalau salah matlamat
selama-lamanya tak tercapai.
7.3.2008
“Perpaduan Kaum”

29
Kadang-kadang bukan
kerana silap tetapi kerana sikap dan bukan ke-
rana lalai tetapi kerana perangai.
7.3.2008
Kuasa Rakyat  

30
Apabila tidak acuh maka
kerja jadi tertangguh dan apabila tidak pe-
duli maka kerja jadi terhenti.
7.3.2008
“Tentukan Kerajaan”




ARAM2008
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir

No comments:

Post a Comment