Friday, 30 November 2018

W194B : Yang Cemburu Hilang Malu | Yang Dengki Hilang Simpati


AYRA AMEERA

(Our Little Wonder)

2 Tahun 5 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

ILHAM MINDA 194B/39
BERIMAGINASI RASA BERINSPIRASI KATA
(Short saying drawn from long experience)

11
Kadangkala orang yang
 cemburu itu hilang malu manakala orang
 yang dengki itu hilang simpati.
4.3.2008
Hak Rakyat

12
          Yang  tersesat di pangkal 
kehilangan modal dan yang tersesat
di hujung kehilangan untung.
4.3.2008
“Kuasa Mengundi”

13
Makin kita sangsi
maka makin tidak pasti dan makin kita
 curiga maka makin tidak percaya.
4.3.2008
Peranan Akhbar

14
Semakin banyak
semakin bertambah berat dan semakin
tamak semakin bertambah jahat.
4.3.2008
“Menegak Kebenaran”

15
Kalau tergesa-gesa kerja yang
dibuat jadi tergendala dan kalau terburu-
buru kerja yang dibuat jadi bercelaru.
4.3.2008
Ali ‘Imran, Ayat 106

16
Apabila banyak gangguan
kita hilang tumpuan dan apabila banyak
kesangsian kita hilang perhatian.
4.3.2008
“Wajah Berseri”
   
17
Kebijaksanaan tidak berhenti
selagi menuntut ilmu dan kedurjanaan tidak
berhenti selagi mengikut nafsu.
5.3.2008
Memancing Undi

       18       
Kegagahan menjadikan
seseorang itu angkuh tetapi kelemahan
menjadikan seseorang itu patuh.
5.3.2008
“|Umpan Besar”

19
Yang bongkak itu hanya
bercakap banyak manakala yang sombong
 itu hanya bercakap kosong.
5.3.2008
Main Pengaruh
  
20
Biar lemah asalkan jangan
membuat tohmah dan biar kurang asalkan
jangan membuat curang.
5.3.2008
‘Tanpa Suara’



ARAM2008
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir

No comments:

Post a comment