AYRA AMEERA
(Our Little Wonder)
2 Tahun 5 Bulan |
MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)
ILHAM MINDA 193E/39
BERIMAGINASI RASA BERINSPIRASI KATA
(Short saying drawn from long experience)
1
Jangan
sekali-kali disebut
perkara yang
carut dan jangan sekali-kali
diikut perkara yang karut.
1.3.2008
Ali ‘Imran,
Ayat 103
2
Buat perkara yang baik
orang akan kenal
tetapi buat perkara yang
jelik orang akan
sangkal.
1.3.2007
“Menjinakkan
Hati”
3
Yang dengki
itu tidak
mendapat
rezeki manakala yang khianat
itu tidak mendapat rahmat.
2.3.2008
Program Ulul
Albab
4
Di sebalik yang
berhemah itu ada
hikmah dan di sebalik
yang berhemat ada
rahmat.
2.3.2008
“Lahir Model
Insan”
5
Berbuat
biarlah
cermat, bertindak
biarlah bijak dan
berusaha biarlah
berjaya.
2.3.2008
Ali ‘Imran,
Ayat 104
6
Kapas itu
hanyut tetapi
batu itu tenggelam dan cemas itu takut
tetapi buntu itu diam.
“Menyeru
Kebajikan”
7
Di sebalik
kepalsuan
itu ada keaslian dan di sebalik kera-
guan itu ada
kepastian.
3.3.2008
Mainan Politik
8
Yang kaya itu membeli
kerana nilai manakala yang papa itu
membeli kerana sesuai.
3.3.2008
“Menghalal Cara”
9
Sesungguhnya
rezeki itu
tidak sekali-kali memilih manakala rugi
itu tidak
sekali-kali menagih.
3.3.2008
Ali ‘Imran,
Ayat 104
10
Yang rugi itu hatinya
tidak senang manakala yang dengki
itu hatinya tidak
tenang.
3.3.2008
“Yang Untung”
ARAM2008
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir
No comments:
Post a Comment