Friday 16 November 2018

S193A : Jika Datang Takut Baru Nak Beribadat | Jika Datang Maut Baru Nak Bertaubat

Our Little Secret
Ayla Arissa
2 Tahun 10 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

ILHAM MINDA 193A
BERIMAGINASI RASA BERINSPIRASI KATA
(Short saying drawn from long experience)


1
Yang takut apabila
diugut terpaksa mengikut tetapi yang
berani apabila diuji sentiasa sudi.
21.2.2008
Suri Rumah

2
Selagi tak dibayar
selagi itu menjadi hutang dan selagi tak
diikhtiar selagi itu menjadi malang.
21.2.2008
‘Dibayar Gaji’

3
Kerana kebaikan, hati
menjadi tenang tetapi kerana kecantikan,
  hati menjadi bimbang.
21.2.2008
Ali ‘Imran, Ayat 94

4
Adakala yang sibuk
 itu lupa untuk berehat tetapi yang
kemaruk itu lupa untuk beribadat.
21.2.2008 
“Mengadakan Dusta”

Yang kemaruk itu
 berperangai buruk manakala yang gelojoh  
itu berperangai bodoh.
22.2.2008
Khutbah Jumaat

6
Jangan mencelah jika orang
 sedang bercakap dan jangan membantah
  jika orang sedang berucap.
22.2.2008
“Muhasabah Diri”
   
7      
Jika datang takut baru
hendak  beribadat dan jika datang maut
baru hendak bertaubat.
22.2.2008
81 Wakil Rakyat

       8
Dalam kegelapan
kita melihat sinaran manakala dalam
kesilapan kita melihat kebenaran.
20.2.2008
‘Nafkahkan Harta’

9    
Ingatkan mereka supaya
tidak terlalai dan nasihatkan mereka
supaya tidak tergadai.
22.2.2008
Individu Pemarah
  
10    
Benci-membenci itu 
membawa rugi dan sanggah-menyanggah
itu membawa musibah.
22.2.2008
‘Lambat Sembuh’


ARAM2008
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir

No comments:

Post a Comment