Sunday, 18 November 2018

S193B : Yang Banyak Memberi Itu Mencari Publisiti | Yang Banyak Menderna Itu Mencari Nama


AYLA ARISSA
(Our Little Secret)
2 Tahun 10 Bulan

MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

ILHAM MINDA 193B/39
BERIMAGINASI RASA BERINSPIRASI KATA
(Short saying drawn from long experience)

11
Semakin disogok-sogok
semakin seronok dan semakin disuap-
disuap semakin meluap.
22.2.2008
Ali ‘Imran, Ayat 94

12
Semakin dibela semakin
mereka leka dan semakin dibelai
semakin mereka lalai.
22.2.2008 
"Orang Yang Zalim"

13
Jangan bertangguh-
tangguh nanti jatuh dan jangan beralang-
alang nanti tumbang.
23.2.2008
700,000 Pemandu

14
Yang lemah apabila kalah
terus rebah dan yang pincang apabila
kecundang terus tumbang.
23.2.2008
"Jalani Ujian"

15
Kadangkala orang
yang menang itu dapat susah tetapi orang
yang kalah itu dapat tuah.
23.2.2008
Remaja Jadi Bapa

16
Yang kedekut itu
sentiasa ikat perut manakala yang tamak
 itu sentiasa ikat kehendak.
23.2.2008
‘Kecacatan Anak’
   
17
Jika mengalah maka 
selesai masalah tetapi jika menyumpah
 maka tergadai maruah.
23.2.2008
Ali ‘Imran, Ayat 96

       18       
Yang gagah masih
dapat bertahan manakala yang tabah
masih dapat melawan.
23.2.2008
‘Menjadi Petunjuk’

19
Yang banyak memberi
itu mencari publisiti dan yang banyak
menderma itu mencari nama.
24.2.2008
Orang Muda
  
20
Semakin musykil
 semakin tidak mengerti dan semakin
mustahil semakin tidak menjadi.
24.2.2008
‘Waris Kepimpinan’


ARAM2008
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir

No comments:

Post a Comment