Wednesday, 15 November 2017

191F : Orang Yang Kufur Itu Tidak Pernah Bersyukur | Orang Yang Murtad Itu Tidak Pernah Bertaubat



5T 11B 11H

 Ayla Arissa
(our little secret)

Jika patah
kemudi maka hilang haluan
dan jika patah hati
maka hilang harapan.

5 Hari
  
Yang kita
sanjung itu ialah
kemuliaan tetapi
yang kita tanggung itu
ialah penghinaan 

1 Tahun 4 Bulan
3 Tahun 6 Bulan


MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

ILHAM MINDA 191
BERJALIN RASA BERJAMIN KATA
(Short saying drawn from long experience)

51
Kalau sentiasa
buat baik orang akan puji tetapi kalau sentiasa 
buat jelik orang akan caci.
9.2.2008
Ali ‘Imran, Ayat 78

52
Orang yang kufur
itu tidak pernah bersyukur manakala orang yang 
murtad itu tidak pernah beribadat.
9.2.2008
“Memutarkan Lidah”

53
Apabila datang
kesal baru meminta maaf dan apabila datang 
ajal baru merasa insaf.
10.2.2008
Perkampungan Hadhari

54
Yang lari dari
masalah itu adalah pesalah dan yang lari daripada 
musibah itu adalah pejenayah.
10.2.2008
“1.2j Pengunjung”

55
Orang muda
lebih baik diajak bersaing manakala orang tua 
lebih baik diajak berunding.
10.2.2008
Ali ‘Imran, Ayat 79

56
Lebih baik ukur
diri sendiri sebelum menegur dan lebih baik nilai
 diri sendiri sebelum pertikai.
10.2.2008
“Menjadi Rabbani”
 
57
Sesungguhnya
kalau hendak 
berfikir biar berteras dan kalau hendak menyindir 
biar berasas.
11.2.2008
Penawar USM
  
58
Kadang-kadang
yang kuat menggertak itu cuak manakala 
yang kuat mengugut itu takut
11.2.2008
‘Tulang Belakang’
       
59
Kadang-kadang
yang menuding itu hanya buat bising dan yang 
mencabar itu hanya buat gempar.
11.2.2008
Ali ‘Imran, Ayat 84
   
60
Orang yang
bising itu akhirnya diam tetapi orang yang 
berpaling itu akhirnya geram.
11.2.2008
“Tidak Membedakan”

3 Tahun 6 Bulan

6 Tahun 3 Bulan


ARAM2007
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu

No comments:

Post a comment