Sunday, 12 November 2017

191E : Apabila Kesal Barulah Hendak Beramal | Apabila Tenat Barulah Hendak Bertaubat



5T 11B 11H

 Ayla Arissa
(our little secret)

Yang banyak
 berfikir dapat kesenangan
manakala yang
banyak berzikir
 dapat ketenangan.

5 Hari
  
Kalau terdesak
lebih baik ikut
kata hati tetapi
kalau tersesak lebih
baik ikut kata isteri.

1 Tahun 4 Bulan
3 Tahun 6 Bulan


MATANG BESTARI
LUBUK AKAL TEPIAN ILMU
(One man’s wit is all men’s wisdom)

ILHAM MINDA 191
BERJALIN RASA BERJAMIN KATA
(Short saying drawn from long experience)

41
Sesungguhnya yang
diam itu lebih faham manakala yang bertanya
 itu lebih lagi bijaksana.

42
Orang yang
tersesat itu terus hilang manakala orang 
yang terselamat itu terus pulang.
8.2.2008
“Azab Yang Pedih”

43
Apabila sudah
terpaksa barulah meminta dan apabila sudah 
terdesak barulah berkehendak.
9.2.2008
Peruntukan RM276.7j

44
Kadang-kadang
makin dicari makin dia bersembunyi tetapi makin 
dibiar makin dia mencabar.
9.2.2008
“Program RMT Sekolah”

45
Apabila kesal
barulah hendak beramal dan apabila  tenat baru
-lah hendak bertaubat.
9.2.2008
Masjid Kristal

46
Sesungguhnya sedekah
itu mengelak daripada rasuah dan solat itu
mengelak daripada maksiat.
9.2.2008
“Mercu Terengganu”
 
47
Bersolat itu menja-
dikan kita lebih beringat manakala beramal itu
menjadikan lebih mengenal.
9.2.2008
Gereja England
  
48
Makin kita beramal
makin menjadi cekal dan makin kita beribadat
makin menjadi taat.
9.2.2008
“Sokong Syariah”
       
49
Lebih baik jadikan
kejujuran itu satu tabiat dan lebih baik jadikan 
kesyukuran itu satu ibadat
9.2.2008
Telefon Bimbit
   
50
Sesungguhnya setiap
kepatuhan ada batasannya manakala setiap ke-
angkuhan ada balasannya.
9.2.2008
“Jejas Sperma”
3 Tahun 6 Bulan

6 Tahun 3 Bulan


ARAM2007
(ABD. RASHID ABD. MAJID)
4479 Seri Teratai
Kampung Pulau Bahagia, Manir
21200 Kuala Terengganu

No comments:

Post a comment